ARKIB

KATEGORI

Buletin

Belum ada isu kenaikan 60 peratus harga alat ganti kenderaan

Berita Tempatan

Views

Jangan buat orang ramai panik dengan khabar isu harga alat ganti kenderaan naik sehingga 60 peratus,” kata pengusaha kedai alat ganti, Bay Tong Sitt, 45, atau lebih dikenali sebagai Chong.

Menurut Harian Metro, Chong yang juga pemilik Bay Brothers Auto Sdn Bhd meluahkan rasa terkilannya dengan dakwaan mengatakan harga alat ganti naik mendadak.

Katanya, dia sudah 24 tahun lebih menjalankan perniagaan alat ganti ini dan tidak dinafikan memang harga alat ganti ada kenaikan, tetapi bukanlah sampai 60 peratus.

Tambahnya, bukan semua barangan alat ganti naik harga kerana ada juga yang harganya masih kekal sehingga sekarang. Kedainya di Seksyen 8, Petaling Jaya dan di kawasan ini termasuk seluruh Semenanjung Malaysia memang ada kenaikan harga tapi antara 5 ke 20 peratus yang paling tinggi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Dia tidak pasti bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak kerana sudah pasti harga akan berbeza disebabkan logistik, namun jika pembekal tidak menaikkan harga, mereka sebagai pengusaha alat ganti pun akan cuba sebaik mungkin menyerap kos yang ada.

Chong yang dihubungi Harian Metro berkata, mereka tidak mahu pelanggan lari dan beberapa hari ini kebanyakan pelanggan yang datang akan bertanya mengenai kesahihan kenaikan harga 60 peratus itu.

Menurutnya, kebanyakan barang yang naik adalah seperti minyak pelincir lebih kurang 10 hingga 18 peratus, bateri (lima ke lapan peratus), penyerap hentak (absorber) lebih kurang 12 peratus bergantung kepada jenama masing-masing.

Tambahnya, barang seperti tali sawat pemasa (timing belt), pam air (water pump), alas brek (brake pad) dan lain-lain produk buatan Malaysia tiada sebarang kenaikan, kemungkinan akan naik kemudian, namun pihak akan mengekalkan harga lama lagi.

Mereka tidak mahu orang ramai panik dan pihaknya tidak boleh mengawal kenaikan harga besi dunia, namun dia juga berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih sebab semua pun tahu ramai terjejas akibat pandemik Covid-19.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pengusaha yang menaikkan harga alat ganti kenderaan terlalu tinggi boleh melaporkan terus kepada kementerian itu.

Menurutnya, pengguna juga boleh melaporkan sebarang isu harga melalui WhatsApp KPNDHEP di talian 019-2794317.

Jelasnya, pengguna boleh memberi maklumat lebih lanjut seperti lokasi, barangan serta harga, pihaknya akan menyiasat mengenainya kerana mereka tidak mahu ada yang mengambil kesempatan pada waktu sukar seperti sekarang.

Setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan harga alat ganti kenderaan naik 60 peratus, namun mereka akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap pengusaha yang tidak bertanggungjawab.

Tambah beliau lagi, jika sebelum ini harga RM5, tetapi tiba-tiba menjadi RM20 boleh terus buat aduan kepada KPDNHEP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply