ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Bencana moral yang besar’ bakal tercetus jika PLUS dijual – Khazanah Nasional

Berita Tempatan

Views

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata agensi pelaburan negara itu bertegas untuk tidak melepaskan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) kerana ia bakal mencetuskan ‘bencana moral yang besar’ sekiranya aset strategik itu jatuh ke tangan syarikat swasta.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Berita Harian melaporkan, Shahril berkata Khazanah melihat PLUS sebagai aset strategik negara yang sepatutnya dikekalkan dalam pemilikan rakyat Malaysia. Justeru, katanya, Khazanah sedang dalam perbincangan dengan kerajaan berhubung isu itu bagi mencapai sasaran ditetapkan kerajaan pada masa yang sama menepati manfaat kewangan dan pemilikannya dalam PLUS.

Sangat sukar kita bayangkan jika ia jatuh ke tangan syarikat swasta, lebih-lebih lagi entiti swasta hanya mahu ambil alih aset itu pada harga yang murah dan meminta kerajaan menjamin mereka. Tambahnya lagi, ia bencana moral yang besar jika membiarkan syarikat swasta memiliki aset strategik seperti itu dengan dijamin oleh jaminan kerajaan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Beliau berkata kepada media Forum Khazanah Megatrends 2019 di Kuala Lumpur, sebentar tadi. Semalam, BH melaporkan firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong milik rakyat Malaysia, RRJ Capital Ltd, menaikkan harga tawaran pengambilalihan PLUS kepada RM3.5 bilion berbanding RM3 bilion yang ditawarkan sebelum ini.

Selain itu, mereka juga mencadangkan pengurangan kadar bayaran tol untuk mengikut harga kereta sehingga 30 peratus. Ia susulan akhir bulan lalu, RRJ dilaporkan mengemukakan tawaran pembelian PLUS sebanyak RM3 bilion tunai dan pengurangan tol sebanyak 20 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply