ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bengang sebab bunyi ekzos bising sangat – Warga emas nekad tembak Myvi jiran dengan senapang angin

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang hilang sabar dengan tindakan penghuni sebuah rumah di sekitar kediamannya yang kerap menguji bunyi ekzos Perodua Myvinya hingga mengganggu jiran lain menembak kereta itu menggunakan senapang angin, jam 3.15 petang semalam.

Kejadian itu berlaku di Taman Ulu Choh, menghala ke jalan keluar di Jalan Senduduk di Iskandar Puteri. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 21 tahun menyedari keretanya terkena sesuatu yang disyaki tembakan dari arah rumah lelaki terbabit.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Katanya, ini telah menyebabkan pintu belakang sebelah kanan berbekas umpama kesan tembakan. Tambah beliau, pada jam 5.30 petang hari yang sama, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menyerbu rumah suspek berusia 63 tahun di taman perumahan berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Hasil pemeriksaan menemui selaras senapang tiruan pendek, selaras senapang tiruan panjang dan tiga guli yang disimpan di bawah almari di dapur rumah itu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Turut dirampas sehelai seluar pendek hitam sebagai bahan bukti. Menurut Dzulkhairi, kejadian berlaku disebabkan sikap mangsa yang sering menguji bunyi ekzosnya dengan kuat hingga mengganggu jiran tetangga.

Katanya, siasatan awal mendapati, senapang terbabit dihasilkan sendiri oleh suspek berdasarkan pembelajaran melalui YouTube. Tambah beliau lagi, ia bagaimanapun masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply