ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bengkel Ikhtiar Hidup di bandar untuk Pemilik Nissan Wanita

Views

Ready to face the World

Johor Bahru, 11 Mei 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru sahaja memulakan Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar yang diadakan khas buat pemilik kereta Nissan wanita. Bengkel ini bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan sewajarnya mengenai bagaimana untuk melindungi diri apabila berdepan situasi berbahaya atau ancaman jenayah.

Sewaktu sesi Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar, peserta diajar dengan teknik-teknik mempertahankan diri dan tip-tip bagaimana untuk menjadi lebih berjaga-jaga ketika bergerak terutama di bandar. Mereka juga diajar bagaimana untuk bertindak melindungi diri sendiri dalam situasi kecemasan.

Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar merupakan sebahagian daripada Kempen Keselamatan Peribadi Nissan yang juga akan diadakan di G Hotel, Pulau Pinang pada 29 Jun 2013 dan hotel Royal Bintang, The Curve di Selangor pada 6 Julai 2013.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan kami terutama golongan wanita sentiasa menjadi keutamaan ETCM. Kami harap kemahiran yang diperolehi dalam bengkel ini akan bermanfaat untuk melindungi kaum wanita daripada bahaya terutama di bandar.”

Salah seorang peserta, Sookweii Ee, 23 tahun berkata,” Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar yang dianjurkan oleh Nissan sangat memanfaatkan dan berfaedah. Saya telah berjaya menerima beberapa tip dan skil yang efektif untuk mempertahankan diri saya semasa berdepan dengan situasi yang merbahaya.”

Untuk kali pertama tahun ini, Nissan turut membawakan Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan kepada pelanggannya di wilayah Malaysia Timur. Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan yang akan dijalankan di Sabah dan Sarawak fokus kepada mengajar para peserta tentang apa yang perlu dilakukan serta bagaimana untuk memberikan rawatan kecemasan ketika berdepan situasi cemas melibatkan mangsa kemalangan jalan raya. Sesi Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan akan diadakan pada 18 Mei, 15 Jun dan 22 Jun 2013 di Hotel Zenith, Kuantan, Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu dan Hotel Grand Margherita, Kuching.

Pendaftaran untuk kedua-dua bengkel tersebut adalah percuma, berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai mana-mana bengkel ini, sila hubungi JabatanPerhubunganPelanggan ETCM di talian: 03-4047 8788 atau hantar permohonan ke alamat e-mel: [email protected]

Maklumatlanjut, silalayarilaman web: www.nissan.com.my

Jadual Bengkel Keselamatan  Peribadi 2013

Selatan

Utara

Tengah

Timur

Sabah

Sarawak

Bengkel

Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar

Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan

Tarikh

11 Mei

29 Jun

6 Julai

18 Mei

15 Jun

22 Jun

Lokasi

Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

G Hotel, Pulau Pinang

Royale Bintang,   The Curve Hotel, PJ

Zenith Hotel, Kuantan

Ming Garden, Kota Kinabalu

Grand Margherita, Kuching

YuranPendaftaran

Percuma

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply