ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beraksi ala ‘Superman’ di lebuh raya – Gadis berusia 17 tahun ditahan

Berita Tempatan

Views

Kalau anda lihat hantaran di laman Facebook kami beberapa hari lalu, sudah pasti teringat gaya tunggangan ala ‘Superman’ seorang gadis berbaju merah di lebuh raya yang tular baru-baru ini kan? Menurut Sinar Harian,  gadis tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Maran semalam atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gadis yang berusia 17 tahun itu ditahan selepas hadir menyerah diri di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, 3 Januari lalu. Menurut Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman, gadis itu hadir ditemani bapa saudara yang juga pemilik motosikal sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Jelas beliau, penahanan gadis itu susulan video aksi tunggangan beraninya berdurasi 1:06 saat yang ditularkan seorang pengguna Facebook sebelum ini. Katanya, polis menubuhkan satu pasukan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang terlibat dan siasatan berjaya mengenal pasti pemilik motosikal dan penunggang terbabit.

Menurut beliau, ketika soal siasat gadis itu mengaku melakukan aksi itu dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dalam kawasan daerah Maran kira-kira jam 3.20 petang 1 Januari lalu.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Tambah beliau, gadis itu juga didapati tidak mempunyai lesen dan saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut. Norzamri berkata, gadis berkenaan yang masih di bawah umur mengaku bersalah ketika dituduh di mahkamah tetapi dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,000.

Mahkamah telah menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sementara itu, pemilik motosikal dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan motosikalnya ditunggang penunggang tanpa lesen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply