ARKIB

KATEGORI

Info

Berapakah anggaran kos penyelenggaraan Geely Coolray, kembar Proton X50 di Filipina?

Info

Views

Memandangkan Proton X50 bakal dilancarkan pada bulan depan, apa kata kita tinjau berapakah anggaran kos penyelenggaraan bagi kembarnya di Filipina, Geely Coolray. Menurut portal Philkotse.com, sela penyelenggaraan bagi Coolray di sana telah ditetapkan pada setiap 7,500 km atau 6 bulan, yang mana terdahulu.

Jadual penyelenggaraan telah ditetapkan pada lima peringkat iaitu M1 (7,500 km, 22,500 km, 37,500 km, 52,500 km, 67,500 km dan 82,500 km), M2 (15,000 km dan 45,000 km), M3 (30,000 km dan 90,000 km), M4 (60,000 km) dan M5 (75,000 km). Kos penyelenggaraan adalah bagi penukaran minyak pelincir dan alat ganti.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Harga untuk penukaran minyak pelincir adalah Php 2,766.40 (RM235.03) bagi setiap kali servis. Bagi alat ganti pula, jika pemilik termasuk dalam jadual penyelenggaraan pertama (M1), kos alat ganti yang perlu ditukar adalah Php 442.42 (RM37.59). Untuk penyelenggaraan kedua (M2), kos alat ganti yang perlu ditukar meningkat kepada Php 2,015.33 (RM171.22).

Kos penukaran alat ganti yang paling tinggi adalah pada 60,000 km (M4), berjumlah Php 10,998.08 (RM934.37)! Pada peringkat M3 kos penukaran alat ganti adalah pada Php 6,656.70 (RM565.54) dan bagi M5 pula berjumlah Php 5,739.50 (RM487.61).

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Bagi kos upah pula, untuk servis kali pertama 1,000 km adalah percuma manakala pada 60,000 km (M4), ia merupakan yang tertinggi dengan kos sebanyak Php 4,225.00 (RM358.95). Pada peringkat (M5), kos upah dianggarkan sekitar Php 1,950.00 (RM165.67), manakala peringkat M2 sebanyak Php 1,626.00 (RM138.14) dan M3 pula Php 3,575.00 (RM303.72).

Berikut adalah purata secara keseluruhan:

  • M1 – Php 5,008.82 (RM425.54)
  • M2 – Php 6,906.73 (RM586.78)
  • M3 – Php 13,498.10 (RM1,146.77)
  • M4 – Php 18, 489.48 (RM1,570.82)
  • M5 – Php 10,955.90 (RM930.79)

Angka ini termasuk yuran pelbagai sebanyak Php 500.00 (RM42.48) untuk setiap kali servis. Apa pendapat anda mengenai anggaran kos penyelenggaraan Geely Coolray? Terlampau tinggi ke biasa-biasa jer? Kita tunggu berapa pula kos penyelenggaraan Proton X50 pula selepas ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply