ARKIB

KATEGORI

Tular

Berebut Hot Wheels punya pasal sampai SOP habis ‘kelaut’!

Tular

Views

“Bagai gula dihurungi semut”. Itu situasi yang boleh digambarkan apabila sekumpulan lelaki berasak-asak mengerumuni rak kereta mainan Hot Wheels di sebuah kedai permainan.

K! ONLINE melaporkan, aksi tersebut berlaku di sebuah cawangan kedai mainan terkemuka ketika pembukaan rasmi butik beli-belah Pavilion Bukit Jalil kelmarin.

Lebih mengejutkan, kebanyakan yang ‘berkerumun’ di rak tersebut adalah lelaki dewasa yang tanpa segan silu berebut memilih mainan terbabit. Tidak dapat dipastikan sama ada mainan dirak tersebut diberikan percuma atau sebaliknya.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Namun, Kosmo! difahamkan sempena pembukaan rasmi pusat beli-belah itu, kedai mainan terbabit menawarkan potongan harga sehingga 60 peratus untuk barangan terpilih.

Menerusi gambar yang dikongsi pengguna Facebook dikenali sebagai Saravanan Kumar itu, kelihatan beberapa orang lelaki sedang berasak-asak mengerumuni rak mainan terbabit.

Mereka juga dilihat telah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti penjarakan fizikal semasa berada di kawasan awam.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Turut dikongsi di laman Facebook berkenaan adalah kesesakan teruk di kawasan sekitar pusat beli-belah terbabit dan keadaan di dalamnya yang dipenuhi orang ramai.

Susulan perkongsian itu, rata-rata warganet mengecam tindakan mereka yang mengabaikan SOP hanya kerana kereta mainan.

Kata Pandak Atan, perangai mereka ini lebih teruk dari kanak-kanak. Dek kerana kereta mainan, SOP semua kelaut. Tambahnya, kalau macam inilah ‘perangai orang kita’, sampai bila-bila pun Covid-19 tidak akan hilang.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Lin Kamariah. Katanya, Omicron sedang memerhati dan sekiranya varian itu merebak dan mereka semua positif, jangan salahkan orang lain pula.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saravanan Kumar

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply