ARKIB

KATEGORI

Tular

Bergaduh sebab hantaran di Facebook, Proton Waja pecah cermin dan dibakar

Tular

Views

Hanya kerana selisih faham berkaitan hantaran di Facebook (FB) menyebabkan berlaku pergaduhan membabitkan empat lelaki dan seorang wanita hingga sebuah kereta dirosakkan serta dibakar di Jalan BK 5, Bandar Kinrara di Serdang, semalam.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4 petang selepas seorang lelaki menggunakan seketul batu dan bertindak merosakkan serta memecahkan cermin kereta Proton Waja yang parkir di bahu jalan.

Menurutnya, suspek dalam keadaan marah sambil menjerit dan membuat provokasi malah kereta terbabit turut dipecahkan lampu serta cermin belakang.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Beberapa video kejadian itu juga tular di FB yang masing-masing berdurasi 1 minit 30 saat, 1 minit 26 saat, 1 minit 15 saat dan 47 saat.

Seterusnya, pihak polis mengambil tindakan dengan menahan suspek terbabit sebelum turut menahan seorang lagi lelaki dan wanita bagi membantu siasatan.

Anbalagan berkata, rentetan daripada kejadian itu, kereta yang dirosakkan itu dilaporkan dibakar pada 8.40 malam.

Hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang mengaku membakar kenderaan terbabit.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, seorang lagi lelaki yang juga pemilik kenderaan terbabit turut ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata, kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan pelbagai hantaran dimuat naik di FB dan kesemua suspek yang ditahan itu berusia 36 hingga 42 tahun.

Dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi yang ditahan kerana membakar kereta disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Kata Anbalagan lagi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang tindakan di luar batas undang-undang yang boleh mencetuskan kegusaran dan mengancam keselamatan awam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply