ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beria je penyokong Manchester United tahan dan pancitkan tayar bas Liverpool, sekali salah bas dah….

Tular

Views

Semalam berlangsungnya ‘perlawanan panas’ di antara dua musuh tradisi, Manchester United dan Liverpool yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan ‘The Kop’. Sebenarnya perseteruan mereka bukan di dalam padang semata-mata, malah ia turut melarat ke luar gelanggang.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut portal The Sukan, penyokong Manchester United telah menghalang bas pasukan Liverpool dengan kereta mereka dan memancitkan tayarnya. Sambil berharap, perlawanan akan ditunda akibat para pemain dan pegawai pasukan itu akan tersangkut semasa dalam perjalanan.

Akan tetapi, mereka telah tertipu dengan ‘taktik penyamaran’ bas pasukan Liverpool dan telah menghalang bas yang salah. Memang betul Salah, tapi bukan pemain pasukan Liverpool tu lah, salah bas rupanya. Bas berwarna merah yang dihalang itu hanyalah ‘umpan’ dan hanya ada pemandu sahaja di dalamnya.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Sebenarnya, pasukan Liverpool menaiki bas yang berwarna hitam dan selamat tiba di Old Trafford dan berjaya membuatkan perancangan jahat penyokong lawan mereka menjadi sia-sia. Akhirnya, penyokong setia ‘Setan Merah’ terciduk jua, setelah perancangan mereka gagal ditambah pula dengan pasukan kesayangan mereka tumbang di laman sendiri, ibarat sudah jatuh di timpa tangga.

Inilah yang dinamakan ‘karma’. Semoga perkara sebegini tidak akan berulang lagi. Tahniah Liverpool, walaupun memenangi perlawanan namun ia masih belum cukup untuk mencabar kedudukan teratas liga. Cuba lagi tahun depan ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply