ARKIB

KATEGORI

Buletin

BERITA : HAVAL M4 kini dikenali sebagai HAVAL H1

Views

HAVAL M4 kini secara rasmi dikenali sebagai HAVAL H1 sebagai salah satu langkah strategik HAVAL dalam usaha melonjakkan reputasi jenama itu di pasaran antarabangsa. HAVAL H1 menampilkan tiga varian seperti mana ditawarkan model terdahulu, iaitu Comfort, Premium dan Elite. Malah, harga jualan turut dikekalkan.

Pertukaran nama dibuat adalah sebagai susulan daripada usaha penjenamaan semula HAVAL daripada GWM (Great Wall Motors) selaku pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) terkemuka dari China. HAVAL ialah singkatan daripada ‘Have All’ yang bermaksud ‘Semuanya Ada’. Kenderaan keluaran HAVAL bukan saja mampu milik malah ia turut dipadankan dengan ciri dan teknologi terkini.

Bermula 1 Januari 2017, HAVAL turut memperkenalkan ‘Buy Back Guarantee’ dengan memberi jaminan 50% nilai kenderaan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ini bermakna HAVAL akan membeli semula pada harga 50% daripada harga jualan sekiranya pemilik menjual kenderaan dalam tempoh 5 tahun.

Haval H1_2017 (12)

Model Haval iaitu H1 dan H2 menerima pengiktirafan EEV daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Kali ini H1 tampil dengan gril krom yang lebih sporty dan logo HAVAL di stereng, but dan tempat duduk. SUV segmen-B ini dijana enjin empat-silinder petrol 1.5 liter VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan 138Nm pada 4,200rpm.

Semua varian HAVAL H1 menggunakan sistem pacuan roda depan dan ditawarkan dalam transmisi AMT 6-kelajuan. Varian HAVAL H1 Comfort ditawarkan pada harga RM60,017, manakala HAVAL H1 Premium berharga RM65,852. Go Auto turut menawarkan HAVAL H1 Elite yang lebi sporty dengan harga RM72,659. Ia dilengkapi dengan ciri lampu depan halogen yang dilatari barisan LED di atasnya selain LED tambahan pada lampu kabus.

Enam warna ditawarkan sebagai pilihan, iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan oren. Semua harga adalah atas jalan tanpa insurans. Selain itu, kesemua varian Haval H1 kini didatangkan dengan jaminan selama 7 tahun tanpa had perbatuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Haval H1_2017 (1) Haval H1_2017 (3) Haval H1_2017 (4) Haval H1_2017 (5) Haval H1_2017 (6) Haval H1_2017 (7) Haval H1_2017 (8) Haval H1_2017 (9) Haval H1_2017 (11) Haval H1_2017 (12) Photo 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Haval H1 dan Haval H2 diantara kereta yang berkualiti rendah dari china dilengkapi dengan teknologi terkini.. Mendapat sambutan yang menggalakkan kerana strategi pemasaran baik, mantap dan berdaya maju..

Leave a Reply