ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berjaya Group bawa Suzuki kembali ke Malaysia?

Berita Tempatan

Views

Nampaknya hasrat peminat jenama Suzuki di Malaysia untuk melihat model-model baharu keluaran syarikat tersebut terus meluncur di jalan raya negara ini bakal tercapai kerana bos besar Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan berminat untuk membawanya kembali ke sini.

Menurut New Straits Time, taikun itu dijangka terbang ke Jepun awal bulan depan untuk menandatangani perjanjian pengedaran dengan Suzuki Motor Corp. Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki dijangka menyaksikan majlis tersebut di ibu pejabat syarikat itu di Hamamatsu.

Kali terakhir kehadiran jenama tersebut di Malaysia adalah di bawah DRB-HICOM Bhd menerusi syarikat usahasama Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd. Ketika di era tersebut, model hatchback Swift merupakan model yang paling popular. Pada pertengahan 2015, Suzuki telah membuat keputusan untuk menghentikan jualan dan pengeluaran keretanya di Malaysia di bawah rasionalisasi.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Kesemua 29 cawangan pengedar jenama tersebut telah ditukar menjadi bilik pameran Proton Holdings Bhd yang juga merupakan anak syarikat DRB-HICOM. Kemudian Suzuki dan Proton mengadakan kerjasama strategik untuk mengeluarkan Proton Ertiga, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak yang dibangunkan dari Suzuki Ertiga untuk pasaran tempatan.

Sementara itu, pengedaran motosikal Suzuki masih kekal di Malaysia, namun skala operasinya dikecilkan setelah mereka membuat keputusan untuk menutup kilang pemasangan di Prai, Pulau Pinang dan hanya menjual motosikal berkapasiti lebih besar yang diimport terus dari Jepun.

Selain Berjaya Group, satu lagi konglomerat, Sime Darby Bhd juga dilaporkan berminat untuk menjadi pemegang francais jenama Suzuki. Ketika ini, Berjaya Group memiliki francais untuk jenama Mazda menerusi Bermaz Auto Bhd. Syarikat itu juga merupakan pemilik H.R. Owen, yag merupakan pengedar kenderaan mewah di United Kingdom.

JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat

Antara jenama kenderaan mewah yang dimiliki oleh francais itu adalah Aston Martin, Audi, BMW/MINI, Bentley, Bugatti, Ferrari, Lamborghini, Lotus, Maserati, Pagani dan Rolls-Royce. Selain itu, menerusi Berjaya China Motor Sdn Bhd, syarikat itu merupakan pengedar dan penjual untuk jenama Automotif Komersial China seperti Jinbei, Changan, Dongfeng Sokon dan Foton Motor Group View di Malaysia.

Berjaya Group juga memegang hak francais selain automotif, seperti Starbucks, Wendy’s, Kenny Rogers Roasters, Krispy Kreme, 7-Eleven dan Borders. Model apakah yang bakal menjadi model pertama Suzuki di bawah Berjaya Group?

Kami jangka mereka akan membawa kembali model-model popular seperti Swift, Ertiga generasi baharu, Vitara dan mungkin juga Alto, Celerio, Baleno ataupun Jimny. Adakah Berjaya Group akan melakukan pemasangan tempatan (CKD) untuk model-model yang kami sebutkan tadi? Sama-sama kita tunggu perkembanga selanjtnya, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply