ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Berjaya julang beberapa pelumba muda, SIC sedia lanjutkan kontrak ZK Racing

Sukan Permotoran

Views

Selepas berjaya mengangkat beberapa pelumba muda dengan kejayaan di peringkat antarabangsa, Litar Antrabangsa Sepang (SIC) sedia melanjutkan kontrak pasukan ZK Racing.

KOSMO! ONLINE melaporkan, pasukan ZK Racing ditubuhkan oleh bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin pada 2018 dengan bantuan kumpulan kakitangan teknikal terbaik dalam sukan permotoran dua roda.

Pasukan ini telah diama­nahkan dengan tanggungjawab untuk membentuk pelumba muda berpotensi menjadi yang terbaik dalam kategori perlumbaan masing-masing.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Hasilnya, ZK Racing berjaya melahirkan sang juara di pentas Asia iaitu Hakim Danish Ramli selepas muncul juara keseluruhan pada perlumbaan Asia Ta­lent Cup (ATC) 2022.

Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berharap pihaknya dapat melanjutkan kontrak ZK Racing bersama mereka tahun depan.

Katanya, pengalaman bertahun-tahun Zulfahmi sebagai pelumba MotoGP antarabangsa memberikan asas baik kepada pelumba negara ketika ini terutama membina keupayaan mereka untuk jangka panjang.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Hasilnya boleh dilihat dengan kehadiran Hakim Danish apabila melakar kemenangan ATC dan merupakan kejayaan membanggakan. Justeru, pihaknya akan melakukan perbincangan mengenai kontrak ZK Racing bersama SIC.

“Kalau boleh kita akan sambung kontrak ZK Racing pada masa akan datang. Pelumba muda kita mula menyinar terutama di pentas antarabangsa. Perlu diingat bahawa Hakim Danish antara pelumba yang menyertai perlumbaan MiniGP anjuran kita. Jadi, ini satu perkembangan yang baik,” katanya.

Pada tahun ini, ZK Racing menghantar pelumba muda­nya menyertai saingan di ATC, Kejuaraan Dunia JuniorGP, Kejuaraan European Talent Cup (ETC), Red Bull MotoGP Rookies Cup, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK).

Lebih menarik pada tahun depan, ZK Racing turut berjaya mencari jalan untuk menghantar seorang pelumba muda negara, Syarifuddin Azman untuk menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Asia Talent Cup

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply