ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berminat dengan Toyota C-HR? Jom daftar sekarang!

Views

Nampaknya peminat-peminat Toyota C-HR boleh mula tersenyum lebar kerana laman web rasmi toyota.com.my telah membuka pendaftaran bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai model tersebut. Selain itu juga Toyota Malaysia mendedahkan sedikit maklumat mengenai model yang bakal berentap dengan Honda HR-V dan Mazda CX3 itu.

Apa yang menarik mengenai Toyota C-HR versi Malaysia?

  • Dijana oleh enjin petrol 1.8 liter
  • Transmisi CVT dengan Sequential Shifter
  • Ruang dalaman yang mewah
  • Cermin sisi dengan lampu lopak
  • Lampu hadapan dengan ciri Follow-Me-Home
  • Pemegang pintu belakang yang unik
  • Sistem Amaran Kenderaan Melintas Di Belakang

Toyota C-HR versi Malaysia akan didatangkan dengan enam pilihan warna. Tiga warna satu-tona – White Pearl CS, Metal Stream Metallic dan Attitude Black Mica dan selebihnya tiga warna dua-tona yang menampilakn bumbung hitam – Red Mica, Radiant Green Metallic dan Blue Metallic.

Anda juga boleh melihat Toyota C-HR dengan lebih dekat di beberapa lokasi terpilih iaitu di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 12 – 13 Ogos, UMW Toyota Motor Subang Jaya, Selangor pada 16 – 22 Ogos dan Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 23 – 27 Ogos nanti. Berminat? Ketik pautan ini untuk mendaftar.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply