ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berniaga di lampu isyarat – Penjaja rojak dikompaun RM2,000 langgar SOP

Berita Tempatan

Views

Seorang penjaja rojak yang menjaja di bahu jalan dikompaun RM2,000 selepas didapati berniaga tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) di lampu isyarat Kemasik- Air Jerneh, Ahad lalu.

Menurut Sinar Harian, lelaki berusia 36 tahun itu dikesan berniaga di lokasi tersebut pada jam 2.15 petang pada operasi Op Patuh tanpa mengikut SOP ditetapkan Dibawah Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaun Kesalahan- Kesalahan) 2021.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan menyarankan kepada orang ramai terutama yang ingin berniaga supaya mengambil pendekatan dengan membuka gerai di tepi jalan dengan mematuhi SOP ditetapkan berbanding berdiri di lampu isyarat atau di tengah jalan.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jelasnya, orang ramai yang ingin berniaga disarankan melakukannya dengan cara yang betul seperti membuka gerai di tepi jalan serta patuhi SOP dengan menyediakan kod QR MySejahtera dan bukannya berdiri di tengah jalan yang membahayakan diri sendiri termasuk juga pengguna jalan raya yang lain.

Tambahnya, dengan menyediakan kod QRMySejahtera, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengesan dan mengambil tindakan pada kadar segera, sekiranya ada dalam kalangan pembeli pembawa COVID-19.

Mereka tidak perlu takut dikenakan tindakan undang-undang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana tidak mempunyai lesen berniaga kerana dalam tempoh sebegini, semua pihak pasti memahami.

Sepanjang tempoh Op Patuh yang bermula pada Jumaat sehingga Ahad di daerah ini, Hanyan berkata, seramai empat individu dikenakan tindakan kompaun dengan nilai keseluruhan RM14,000 atas pelbagai kesalahan melanggar SOP.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Beliau berkata, antara kesalahan termasuk merentas negeri tanpa kebenaran, membawa penumpang melebihi kapasiti dan berniaga tanpa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Jelasnya, kes pertama, kompaun berjumlah RM5,000 setiap seorang dikeluarkan terhadap dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun kerana didapati merentas negeri tanpa kebenaran di Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan Terengganu/Pahang, Mak Lagam, kira-kira jam 2 petang, pada Sabtu.

Dalam kes yang berasingan pada jam 3.30 petang hari sama, kompaun berjumlah RM2,000 kepada seorang lelaki yang berusia 27 tahun kerana membawa penumpang melebihi kapasiti yang telah ditetapkan di SJR Sekolah Pusat, Jalan Air Putih-Chukai.

Beliau berkata, kesemua individu yang dikenakan kompaun perlu membuat pembayaran di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman dalam tempoh masa 14 hari dan sekiranya kegagalan membuat pembayaran dalam tempoh diberi, mereka akan didakwa di mahkamah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply