ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bertembung ketika sedang berlumba, dua remaja maut

Berita Tempatan

Views

Dua remaja lelaki termasuk seorang pelajar sekolah maut ketika berlumba motosikal di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di Melaka, awal pagi tadi.

Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian kira-kira pukul 4.18 pagi itu, mangsa berusia 15 dan 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan Yamaha Y15ZR telah bertembung ketika berlumba haram.

Hasil siasatan salah seorang mangsa sedang berlumba dari arah Tangga Batu, manakala seorang lagi dari Tanjung Bruas.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Kedua-dua mangsa bagaimanapun telah bertembung sesama sendiri dan kedua-duanya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan pegawai penyiasat di lokasi keadaan jalan adalah lurus dan rata, manakala cuaca dalam keadaan baik serta kawasan diterangi lampu jalan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Adam Wong Jr

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply