ARKIB

KATEGORI

Buletin

Besi menara kren terjatuh dari treler timpa kereta

Tular

Views

Satu lagi insiden kereta ditimpa objek berlaku, setelah sebuah kereta dipandu seorang wanita, ditimpa besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, di Petaling Jaya, petang semalam. Menurut Berita Harian, dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Namun, Perodua Myvi yang dipandu wanita itu mengalami kerosakan secara keseluruhan, termasuk bumbung, cermin hadapan dan bonet. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler itu yang tersangkut pada kabel telefon Telekom Malaysia (TM).

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan dua tiang telefon di Jalan SS2/54 tumbang dan kabel telefon tergantung merentangi Jalan SS2/24. Kejadian itu turut menyebabkan muatan besi menara kren yang dibawa treler itu terjatuh menimpa bahagian atas kenderaan mangsa.

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Susulan itu, beliau berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan awal kepada mangsa, selain mengawal keadaan lalu lintas yang sesak teruk ketika itu. Jelas beliau, mangsa sudah membuat laporan polis, manakala pemandu treler belum lagi tampil membuat laporan, setakat ini. Tambahnya lagi, kertas siasatan sudah dibuka bawah Rule 19 (Kaedah Lalu Lintas) LN 166/59, iaitu muatan yang dibawa atas kenderaan jatuh dan mengakibatkan kemalangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KAMI Pengguna JALAN RAYA

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply