ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bezza berwajah baharu dilancarkan – Varian AV kini dengan ASA 2.0

Berita Tempatan

Views

Yang ditunggu telah tiba! Hari ini Perodua membuka arena automotif Malaysia tahun 2020 dengan melancarkan Bezza 2020. Tampil dengan ‘wajah baharu’, Bezza 2020 ditawarkan menerusi empat pilihan varian – 1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 V AV, dengan harga bermula dari RM34,580 hingga RM49,980 (harga atas jalan tanpa insuran di Semenanjung Malaysia).

Tempahan Bezza 2020 telah pun mula dibuka di kesemua 186 pusat jualannya di seluruh negara sejak 3 Januari lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sedan pertama keluaran Perodua dan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia, dengan rekaan luaran yang direka sepenuhnya oleh anak tempatan ini terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan jualan 184,000 unit.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Untuk versi 2020, Bezza tampil dengan jeriji hadapan dan bampar rekaan baharu, juga lampu hadapan LED dan skirt sisi dwi-tona untuk semua varian. Varian X dan AV dilengkapi dengan rim aloi 15 inci manakala cermin sisi berkuasa boleh laras kini terdapat pada semua varian (boleh lipat pada AV). Perodua turut memperkenalkan dua warna luaran baharu bagi Bezza – Garnet Red (bagi varian-varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey, selain empat warna sedia ada, iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.

Buat pertama kalinya, Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 ditawarkan pada Bezza 2020 menerusi varian AV sekali gus menjadikannya sedan mampu milik yang pertama memiliki ciri tersebut. Ciri ini membantu mengurangkan risiko pelanggaran terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Di samping itu, varian X kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian AV. Antara ciri-ciri menarik baharu Bezza 2020, ialah kombinasi meter beriluminasi putih, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci dan sensor sisi hadapan untuk varian X dan AV. Semua varian didatangkan dengan sensor undur, manakala varian AV turut dilengkapi dengan kamera undur.

Kata Datuk Zainal, Perodua berharap penambahbaikan yang telah dilakukan boleh bergabung dengan kelebihan-kelebihan yang sedia ada termasuk ruang bagasi seluas 508 liter dan kecekapan bahan api sehingga 22 km/l untuk memberikan pengalaman permotoran yang anda inginkan selama ini.

Perodua menetapkan sasaran jualan kami adalah sebanyak 4,000 unit sebulan secara purata untuk model Bezza 2020 dengan menjangkakan penyerahan kira-kira 5,600 unit dalam bulan Januari. Bezza 2020 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

Perodua Bezza 2020
VarianWarnaHarga
1.0 G MTIvory WhiteGlittering SilverOcean BlueSugar BrownGranite GreyRM34,580
1.0 G ATRM36,580
1.3 X ATGarnet RedRM43,980
1.3 AV ATRM49,980
Semua harga atas jalan sebelum insuran di Semenanjung Malaysia

Risalah Perodua Bezza 2020

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Engear TV

Bezza 2020

Lakaran awal Bezza 2020

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply