Ini berita baik buat mereka yang bernama Amri atau Amran! Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, JPJ Negeri Perak mengumumkan bakal membuka bidaan bagi nombor pendaftaran siri AMR yang akan bermula pada 25 September 2022 (Sabtu).
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Bidaan nombor pendaftaran siri AMR akan dibuka sehingga 29 September 2022 (Khamis) jam 10:00 malam. Keputusan bidaan pula akan diumumkan pada keesokan harinya, iaitu 30 September 2022 (Jumaat). Orang awam yang berminat, boleh membuat bidaan secara dalam talian menerusi JPJeBid.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Bidaan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih JPJeBid di Google Play bagi pengguna sistem operasi Android atau melalui Apple App Store bagi pengguna sistem operasi iOS. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Talian Khas +605 5478000 sambungan 602/607 dan waktu operasi talian bermula dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI