ARKIB

KATEGORI

Info

Bidaan nombor pendaftaran siri CEF dibuka 5 Disember ini

Info

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang telah mengumumkan tawaran tender untuk nombor pendaftaran kenderaan bagi siri CEF kepada orang awam secara bidaan dalam talian menerusi JPJeBid.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Orang awam boleh mula membida nombor pendaftaran siri CEF bermula 5 Disember 2019 (Khamis) dari jam jam 12:00 tengah malam sehingga 8 Disember 2019 (Ahad) pada jam 11:59 malam. Keputusan bidaan pula akan diumumkan pada 9 Disember 2019 (Isnin).

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Keputusan bidaan juga akan dimaklumkan kepada pembida melalui notifikasi email dan peti masuk aplikasi JPJeBid. Bidaan boleh dibuat di laman sesawang JPJeBid melalui pautan ini. Bidaan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih di Google Play bagi pengguna sistem operasi Android atau melalui Apple App Store bagi pengguna sistem operasi iOS.

Pembida boleh mendaftar atau memuat turun dan memasang aplikasi mudah alih dan seterusnya mengaktifkan akaun JPJeBid sebagai persediaan bidaan. Sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung JPJeBid, mereka boleh menghubungi Unit Pelesenan Kenderaan, JPJ Negeri Pahang di talian 09-5736622 (sambungan 371) atau e-mel ke [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply