ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan nombor pendaftaran siri DEM akan dibuka 3 September ini!

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, JPJ Negeri Kelantan mengumumkan bakal membuka bidaan bagi nombor pendaftaran siri DEM yang akan bermula pada 3 September 2022 (Sabtu).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bidaan nombor pendaftaran siri DEM akan dibuka sehingga 7 September 2022 (Rabu) jam 10:00 malam. Keputusan bidaan pula akan diumumkan pada keesokan harinya, iaitu 8 September 2022 (Khamis). Orang awam yang berminat, boleh membuat bidaan secara dalam talian menerusi JPJeBid.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Bidaan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih JPJeBid di Google Play bagi pengguna sistem operasi Android atau melalui Apple App Store bagi pengguna sistem operasi iOS. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Talian Khas +609 766 6000 / +609 766 6144 dan waktu operasi talian bermula dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply