ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan nombor plat UNIMAS kini dibuka sehingga 7 Julai

Berita Tempatan

Views

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) buat julung kalinya membuka peluang kepada warga Universiti, alumni dan orang awam, untuk mendapatkan nombor pendaftaran khas tertera nama ‘UNIMAS’ melalui kaedah bidaan. Nombor plat khas tersebut akan bermula dengan aksara ‘UNIMAS’ diikuti dengan rangkaian nombor pilihan dan hanya boleh dibida secara ekslusif menerusi sistem UNIMAS8.

Majlis pelancaran yang sepatutnya dijadualkan pada Mac lepas telah diadakan semalam secara majlis ringkas dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan disaksikan bersama oleh Naib Canselor, YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Ia turut dihadiri olehTimbalan-timbalan Naib Canselor, Bendahari, Pendaftar, ahli Jawatankuasa Eksekutif, wakil JPJ, pengurus dan wakil Bank Rakyat, wakil Maybank serta rakan media. Sebaik pelancaran dilakukan, sistem dan proses bidaan nombor plat khas “UNIMAS” telah dibuka tepat jam 12.00 tengahari semalam, dan akan ditutup pada 7 Julai 2020 pada jam 12.00 tengahari untuk bidaan Siri 1/2020.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Nombor yang ditawarkan secara bidaan bermula dengan UNIMAS 11 hingga UNIMAS 9999 dengan harga terendah RM350.00, RM888.00, RM1500.00, RM2000.00, RM2500.00 dan RM6000.00 mengikut beberapa kategori yang berbeza iaitu Semasa, Istimewa, Popular 4 Digit, Popular 3 Digit, Popular 2 Digit dan Menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Bahagian Endowmen dan Wakaf, Puan Dayang Nor Hajijah Awang Daud, di talian 082-581231 /581918, selaku bahagian yang menguruskan tawaran dan bidaan melalui UNIMAS8 atau layari www.unimas.my/unimas8 untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat membuat bidaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply