ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan untuk Volvo V70 kereta kebal kini dibuka!

Views

Di Malaysia, kita ada Proton Iswara yang mendapat gelaran ‘kereta kebal’, di United Kingdom pula nampaknya wujud sebuah Volvo V70 yang disumpah menjadi kereta kebal jadian. Nampaknya setelah berjaya membuat kontroversi di kalangan netizen setelah ia muncul di alam maya beberapa minggu lalu, pemilik Volvo V70 kereta kebal kini menjual kereta menerusi eBay.

Bidaan telah pun bermula pada harga RM1,683 (£300) dan kini telah meningkat kepada RM12,912.00 (£2,300) dengan 35 pembida. Hasil jualan kereta kebal jadian ini akan didermakan kepada Ben Charity. Kalau ada antara kita di Malaysia yang teringin nak membida kereta ini, kami sarankan baik lupakan sahaja hajat tersebut kerana eBay hanya akan hantar kereta tersebut ke tiga negara sahaja, sama ada United Kingdom, United States atau Australia sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply