ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Bila dah pakai EV, takkan kembali pakai petrol lagi dah…” – Geely

Berita Global

Views

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) semakin memperoleh momentum di peringkat global, dengan China berada di barisan hadapan dalam peralihan ke arah pengangkutan mesra alam.

Ketua Komunikasi Global, Geely Holdings Group, Ashley Sutcliffe, berkata pemandu tidak akan kembali menggunakan kenderaan berkuasa petrol apabila mereka telah beralih kepada EV, sekali gus menekankan potensi transformatif pasaran itu.

“Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa. Saya dengan selesa memandu sejauh 3,000 kilometer di jalan raya, dan bil elektrik sebanyak 415 yuan (kira-kira RM255). Sekiranya menggunakan kereta berkuasa petrol, kosnya membabitkan sekurang-kurangnya 1,500 yuan.

“Harga petrol di sini sekali ganda lebih mahal daripada harga di Malaysia, menjadikannya sangat mahal untuk digunakan di sini,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, baru-baru ini.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Lawatan delegasi media ke ibu pejabat Geely itu adalah sebahagian daripada Program Lawatan Media Malaysia ke China, anjuran Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) untuk menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Sutcliffe berkata, EV menyumbang 53 peratus kepada jualan kereta bulanan China dalam beberapa bulan kebelakangan ini, bersamaan dengan kira-kira dua juta unit setiap bulan, menunjukkan penerimaan yang meluas dan peningkatan permintaan.

Beliau berkata, lonjakan itu didorong oleh infrastruktur pengecasan yang meluas dan harga yang berpatutan.

Pada peringkat awal, model EV berharga 500,000 hingga 600,000 yuan namun, kini ditawarkan pada harga serendah 30,000 yuan, menjadikan EV boleh diakses oleh pasaran yang lebih luas dan meningkatkan popularitinya.

“Jadi, apabila anda mempunyai kapasiti untuk berkembang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, harga akan susut namun penggunaan akan meningkat,” katanya.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Beliau berkata, pada masa ini, pasaran EV Malaysia masih di peringkat awal namun mempunyai potensi cerah.

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia menyasarkan EV membentuk 80 peratus daripada jumlah industri negara pada 2040, dengan rancangan untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecasan pada 2025 dan meningkatkan bilangan EV kepada 500,000 menjelang 2030.

Sutcliffe berkata, sumber tenaga boleh baharu di Malaysia seperti solar, angin dan hidro akan memudahkan pembangunan infrastruktur EV.

“Saya percaya Malaysia akan menjadi peneraju tenaga baharu pada masa hadapan,” katanya, merujuk kepada potensi tenaga boleh baharu Malaysia.

Beliau juga berkata, inisiatif kerajaan dalam memulakan pembangunan infrastruktur adalah penting. “Apabila kerajaan memberikan dorongan pertama, pembangunan itu akan terus bergerak,” katanya. – Bernama/Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply