ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran dan pusat servis Perodua kembali beroperasi

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Perodua memaklumkan yang pihaknya telah memulakan operasi pusat jualan dan selepas jualan, termasuk perniagaan Badan Kenderaan dan Cat (B&P) di seluruh negara.

Pembukaan semula pusat jualan dan selepas jualan Perodua adalah selepas daripada operasi semula fasiliti pembuatannya di ibu pejabat di Sungai Choh, Rawang baru-baru ini.

Secara keseluruhan, Perodua mempunyai 191 pusat jualan, 197 pusat servis dan 69 B&P di seluruh negara.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, penghantaran kenderaan telah bermula secara berperingkat sejak minggu ini dan kami menjangkakan lebih banyak kereta Perodua dihasilkan dan didaftarkan dalam beberapa minggu akan datang.

Tambah beliau, pihaknya berterima kasih kepada para pelanggan atas kesabaran, kefahaman dan kesetiaan dalam menerima kenderaan Perodua mereka. Perodua berharap dapat menghantar sebanyak mungkin pesanan yang ada dalam tahun ini.

Ujar beliau lagi, pihaknya kini sedang menilai kesan penutupan yang diperkenalkan pada 1hb Jun 2021 terhadap operasi mereka dan akan mengumumkan sasaran semakan untuk tahun ini tidak lama lagi.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Walaupun Perodua telah memenuhi kriteria yang diperlukan untuk vaksinasi pekerja-pekerjanya, syarikat kereta kompak itu telah menggariskan panduan keselamatan buat para pelanggan ketika mengunjungi pusat jualan dan selepas jualannya.

Pusat selepas jualan merangkumi pusat servis serta kemudahan badan kenderaan dan cat. Keperluan-keperluan keselamatan ini termasuklah telah mendapat vaksin sepenuhnya, memakai pelitup separuh muka, membuat janji temu sebelum mengunjungi cawangan jualan dan/atau servis dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal.

Secara keseluruhan, Perodua mempunyai kira-kira 11,000 tenaga kerja di bawah syarikat tersebut. Sekiranya digabungkan dengan para pembekal, pengedar dan kontraktornya – ekosistem Perodua mempunyai lebih 70,000 tenaga kerja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply