ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran Honda kembali beroperasi dengan garis panduan kesihatan yang ketat

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia kini telah beroperasi sepenuhnya dan kembali membuka bilik pameran mulai 13 Mei 2020. Protokol pencegahan telah disediakan dan dilaksanakan di seluruh pusat pengedar Honda di seluruh negara. Bagi memastikan keselamatan dan kebersihan, semua fasiliti dan premis telah menjalani proses santasi.

Pejabat jualan dan kilang pengeluaran pula akan kembali beroperasi secara berperingkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, meskipun para pengedar telah kembali beroperasi sepenuhnya, mereka akan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial selain mematuhi amalan dan garis panduan keselamatan.

Tambah beliau, semua penasihat jualan dan servis dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan pada masa yang sama, pelanggan juga dinasihatkan untuk mengikuti segala garis panduan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menerima norma baharu.

Sebelum ini pihak syarikat telah mengumumkan langkah pencegahan seperti pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan menghadkan jumlah pelanggan. Sebagai tambahan Honda Malaysia telah mengaktifkan langkah berjaga-jaga seperti berikut:

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Lawatan bilik pameran
Pelanggan perlu memeriksa suhu badan dan perlu menggunakan pensanitasi tangan di pintu masuk sebelum masuk ke bilik pameran. Mereka yang mencatatkan suhu 37.5°C dan ke atas atau mengalami simptom seperti demam, batuk dan sesak nafas akan dinasihatkan untuk meninggalkan premis dengan segera bagi mendapatkan rawatan.

Pergerakan pelanggan juga telah distruktur semula supaya hanya satu pintu masuk dan keluar bagi memudahkan pengawalan, Kawasan yang kerap digunakan seperti tombol pintu dan tandas akan dinasitasi dan dinyah kuman setiap hari. Sebelum memasuki bilik pameran, pelitup muka akan diberikan kepada pelanggan. Selain itu pelanggan dan juga penasihat jualan perlu memakai pelitup muka sebelum memulakan sebarang perbincangan.

Semua kereta yang dipamerkan akan dibersihkan dengan cecair sanitasi setiap hari, manakala penasihat jualan perlu memastikan jarak sosial 1 meter dari pelanggan semasa memberi penerangan. Penasihat jualan akan duduk di kerusi belakang bagi menjaga jarak sosial sepanjang masa.

Pandu uji
Semua unit pandu uji akan disanitasi sebelum dan selepas setiap sesi pandu uji dengan tumpuan kepada kawasan dan aksesori yang kerap disentuh seperti stereng, suis, papan pemuka, pemegang pintu dan kunci kereta. Sarung tangan akan dibekalkan dan pelanggan serta penasihat jualan perlu memakai pelitup muka dan sarung tangan sepanjang sesi pandu uji. Penasihat jualan akan duduk di kerusi belakang bagi menjaga jarak sosial semasa pandu uji.

Membuat tempahan kereta
Pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran secara transaksi elektronik untuk meminimakan kontak dengan meja, alat tulis dan Terminal Point-of-Sale (POS). Pembaharuan insurans kereta juga boleh dilakukan secara dalam talian bagi memudahkan para pelanggan.

Penyerahan kereta baharu
Bilangan tetamu akan dihadkan hanya untuk seorang sahaja semasa penyerahan kereta baharu bagi mengelakkan kumpulan yang ramai di bilik pameran. Setiap kereta baharu akan disanitasi terelbih dahulu sebelum ia diserahkan kepada pelanggan.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Perkhidmatan selepas jualan dan lanjutan waranti kereta
Bilangan pelanggan akan dihadkan pada kapasiti minimum dan pelanggan digalakkan untuk membuat janji temu lebih awal. Untuk lanjutan waranti, Honda Malaysia telah membuat pertimbangan khas seperti berikut:

Tiada Tarikh Luput Jaminan / Tempoh Tempoh Perkhidmatan * Lanjutan *

  • Waranti yang tamat pada 18 Mac – 12 Mei 2020 akan dilanjutkan sehingga 11 Jun 2020.
  • Servis dalam tempoh 18 Mac – 12 Mei 2020 perlu dilakukan sebelum 11 Julai 2020 bagi mengekalkan jaminan. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

Selain itu Honda Malaysia juga akan mengambil langkah berjaga-jaga seperti pemeriksaan suhu dan membasuh tangan secara kerap untuk semua kakitangannya. Mereka juga perlu sentiasa mengekalkan jarak sosial 1 meter antara satu sama lain.

Stesen pensanitasi tangan juga akan ditempatkan di beberapa kawasan utama seperti pintu masuk bilik pameran, lounge pelanggan, bilik perbincangan, kaunter sambut tetamu, pintu masuk bengkel, kaunter penasihat servis, kaunter juruwang dan tandas.

Cermin atau pintu pula akan dibuka setiap 30 – 60 minit bagi memastikan pengudaraan yang baik manakala Zon Kanak-Kanak dan Kafe pula masih ditutup buat masa ini. Pihak syarikat juga akan menyediakan bahan pendidikan mengenai garis panduan pencegahan dan ia boleh didapati di kaunter sambut tetamu dan setiap meja perbincangan sebagai peringatan kepada para pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply