ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran Volkswagen kembali dibuka, penjimatan dalam talian sempena Hari Merdeka turut ditawarkan

Berita Tempatan

Views

Selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN), bilik pameran Volkswagen kini kembali dibuka kecuali yang terletak di Melaka, Johor, Kedah, Pahang dan Kelantan kerana masih menunggu kelulusan untuk beroperasi.

Bagi memastikan kesihatan serta keselamatan kakitangan dan pengunjung, semua bilik pameran Volkswagen akan mematuhi garis panduan ketat yang ditetapkan oleh kerajaan, selain langkah-langkah #SafeHands, iaitu mendaftar masuk dengan aplikasi MySejahtera, mengimbas suhu, mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka, sanitasi bilik pameran dan kereta secara kerap dan lain-lain.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Hanya pengunjung yang sudah lengkap divaksin dibenarkan masuk. Individu yang ingin mengunjungi bilik pameran boleh berbuat demikian selepas 14 atau 28 hari (bergantung kepada vaksin yang diambil) dari pengambilan dos vaksin yang lengkap.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter mengalu-alukan langkah kerajaan untuk membuka semula operasi jualan dan pengilangan. Katanya, penutupan bilik pameran sejak beberapa bulan lalu nyata memberi kesan ke atas prestasi perniagaan syarikat.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Sempena pembukaan semula bilik pameran dan cuti Hari Merdeka tidak lama lagi, para pengedar Volkswagen akan menganjurkan acara bilik pameran maya di saluran media sosial masing-masing pada 27 hingga 31 Ogos.

Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, Volkswagen akan menawarkan penjimatan dalam talian yang eksklusif sebanyak RM4,500 ke atas Tiguan Allspace Highline dan RM7,500 untuk model Passat R-Line bermula sekarang hingga 31 Ogos.

Para pengunjung digalakkan untuk membuat janji temu sebelum datang dengan menghubungi pengedar Volkswagen. Untuk maklumat lanjut mengenai operasi pengedar Volkswagen, layari https://www.volkswagen.com.my/faq.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply