ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilmola perkenal topi keledar edisi khas Kamen Rider di Thailand – Enam pilihan reka corak, harga RM315

Berita Global

Views

Di negara kita, Gracshaw Malaysia telah memperkenalkan koleksi topi keledar Ultraman yang pertama seumpamanya di dunia hasil kolaborasi bersama Tsuburaya Production, Jepun.

Di negara jiran Thailand lain pula kisahnya. Sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-50 siri televisyen Kamen Rider tahun ini, pengeluar topi keledar negara “Gajah Perang” itu, Bimola memperkenalkan model edisi khas Kamen Rider.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Menurut rakan media MotoMalaya, enam pilihan reka corak grafik dan warna yang diilhamkan daripada watak Kamen Rider pada Era Showa telah diabadikan untuk topi keledar kolaborasi khas ini, antaranya V1, V3, X, Amazon, Stronger dan Shocker Combatman.

Topi keledar Bilmola x Kamen Rider ini direka oleh Maztab Design dan dibina menggunakan cangkerang Termoplastik Tahan Hentakan (SRT) dan polikarbonat.

Meskipun dunia sudah mula beralih kepada piawaian terbaharu ECE22.06, namun topi keledar Bilmola x Kamen Rider ini masih lagi menggunapakai piawaian ECE22.05.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Antara ciri-ciri menarik lain topi keledar Bilmola x Kamen Rider ini termasuklah:

  • Visor ‘anti-kabus’
  • Ruang letak bagi pemakai cermin mata
  • ‘Pengunci tali’ anti-karat
  • Ruang Interkom Bluetooth terbina dalam

Berat topi keledar ini adalah sekitar 1,400 gram sahaja, agak ringan walaupun ia tidak menggunakan bahan jenis gentian karbon.

Topi keledar Bilmola x Kamen Rider ini akan berada di pasaran bermula pada 11 November ini dengan harga THB2490 (RM315) di seluruh pengedar rasminya di Thailand.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bilmola

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply