ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bina kerjaya dalam bidang automotif bersama Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza

Views

Inovasi dalam industri automotif telah berkembang pesat sejak abad yang lalu, dan pelbagai ciptaan luar biasa telah dihasilkan oleh jurutera dan inovator. Walaupun kereta swapandu nampak terlalu futuristik, beberapa tahun lalu pemain CD dalam kereta sudah menjadi lapuk dan inovator kini berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang besar pada masa akan datang. Ingin memulakan kerjaya dalam industri automotif yang kian berkembang? Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza mungkin menjadi jawapan untuk memulakan karier anda.

Menurut kemaskini dalam Industri Automotif 2017 dan Tinjauan pada 2018 dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tenaga kerja automotif dijangka akan meningkat seiring dengan perkembangan holistik industri di Malaysia. Ini bermakna, jaminan dan kestabilan pekerjaan akan bertambah baik.

Dr. Jagdeep Jassel, CEO, Kolej Naza berkata, sektor automotif merupakan salah satu daripada industri yang terbesar dengan pelbagai peluang pekerjaan dengan pilihan tanpa had sebagai contoh jualan, pemasaran, pembuatan, kejuruteraan atau kimpalan. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama, Kumpulan Syarikat NAZA, SM Nasarudin SM Nasimuddin pula berkata Kumpulan Naza sebagai konglomerat milik swasta yang terbesar di Malaysia dengan automotif sebagai perniagaan utamanya, sentiasa mencari jalan untuk mempromosikan pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam komuniti yang beroperasi di dalamnya.

Syarikat telah memperkenalkan Naza Education, cabang pendidikan yang dibentuk dengan visi untuk menjadi pusat pendidikan, latihan dan pusat penyelidikan di rantau ini untuk kajian pengurusan teknologi dan aplikasi. Sebagai sebahagian daripada Naza Education, Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza menawarkan kursus diploma untuk melengkapkan pelajar mereka dengan kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan kepercayaan untuk pekerjaan dalam sektor automotif.

Antara kursus diploma yang ditawarkan termasuk Diploma Teknologi Automotif (Kenderaan Ringan), Diploma Pengurusan Perniagaan Automotif, Diploma Teknologi Sukan Permotoran dan Diploma Teknologi Motosikal (bakal ditawarkan tidak lama lagi).

Mengapa anda perlu mendaftar masuk ke Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza? Ini antara sebab-sebabnya:

  • Pasukan akademik berpengalaman, mahir dan berpengalaman dalam industri.
  • Sistem pembelajaran dan pengajaran terkini yang disesuaikan dengan keperluan pelajar.
  • Dilengkapi dengan peralatan dan fasiliti yang bersesuaian.
  • Pengalaman pembelajaran hands-on di dalam dan luar kelas
  • Penempatan Latihan Perindustrian yang diselia untuk pengalaman dunia perindustrian.
  • Bantuan kewangan disediakan – Biasiswa, PTPTN, KWSP, dan pinjaman pendidikan.

Terletak di Glemarie, Shah Alam, graduan Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza layak untuk mengembangkan kerjaya mereka menerusi:

  • Keusahawanan.
  • Pengurusan Pusat Perkhidmatan.
  • Jualan Kenderaan, Selepas Jualan dan Pengedaran.
  • Pembaikan automatif.
  • Penjejakan dan Pengangkutan Komersial.
  • Insurans Kenderaan dan Pembiayaan.
  • Perkhidmatan Pelanggan dan Peruncitan.
  • Alat Ganti Automotif, Logistik, Gudang dan Pengedaran.

Jadi tunggu apa lagi? Daftar diri anda ke Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza hari ini! Untuk maklumat lanjut, layari http://www.naza.com.my/others/#education atau hubungi 03-205 3036 dan ikut laman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/nazacollegeglenmarie/.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply