ARKIB

KATEGORI

Buletin

Biro Kastam Filipina musnahkan 21 buah kenderaan mewah yang diseludup

Berita Global

Views

Ini bukan kali pertama Biro Kastam Filipina (BOC) memusnahkan kenderaan mewah yang diseludup ‘tanpa belas kasihan’ dan yang terbaharu, 21 buah kenderaan mewah termasuklah sebuah supercar McLaren 620R antara yang menjadi mangsa.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Bureau of Customs PH, nilai rampasan kereta-kereta mewah tersebut dianggarkan sebanyak P58.55 juta (RM5 juta). Antara kenderaan bermotor yang dirampas adalah Hyundai Genesis, Bentley Flying Spur, Porsche 911, Lotus Elise, Toyota Solara dan Mercedes SLK.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Kesemua kenderaan ini telah diseludup masuk ke negara tersebut oleh beberapa pihak dan telah dirampas secara berasingan sejak dari tahun 2018 hingga 2020. Arahan untuk memusnahkan kenderaan seludup ini adalah selaras dengan Peraturan Presiden 2017-447, di mana Presiden Rodrigo Roa Duterte mahu memberi mesej yang jelas, kerajaan pimpinannya begitu serius dalam menangani jenayah penyeludupan.

Acara pemusnahan ini turut disaksikan oleh wakil-wakil dari Jabatan Kewangan (DOF), Suruhanjaya Audit (COA), dan pegawai-pegawai utama Biro Kastam, yang diketuai oleh Komisioner Rey Leonardo B. Guerrero. Ia merupakan acara yang kedua BOC tahun ini yang melibatkan pelbagai kenderaan seludup.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bureau of Customs PH

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply