ARKIB

KATEGORI

Buletin

Black Ocean tingkatkan pegangan dalam MV Agusta

Views

Bekas anak syarikat Proton yang djual dengan harga 1 Euro (RM4.70), MV Agusta kini menarik nafas lega setelah Kumpulan Black Ocean telah meningkatkan pegangan dalam syarikat tersebut. Perjanjian tersebut telah dimeterai pada 17 November lalu. Black Ocean merupakan sebahagian daripada Ocean Group yang merupakan kumpulan pelaburan yang diasaskan oleh Oliver Ripley dan Timur Sardarov.

Mereka beroperasi di beberapa lokasi terkemuka seperti di New York, London dan Luxembourg. Syarikat tersebut mempunyai pelaburan dalam pelbagai cabang perniagaan seperti teknologi, penerbangan persendirian (sewa jet peribadi), hartanah dan pertanian. Dengan adanya pelaburan ini, ia dijangka akan menyusun semula pelan penstrukturan MV Agusta dan bakal menjadikannya pemain utama dalam segmen motosikal super mewah.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply