Sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, BMW Group Malaysia menawarkan pelbagai tawaran menarik, rebat tunai dan solusi pembiayaan yang meliputi pelbagai model jentera BMW serta MINI di kesemua wakil pengedar sah di seluruh negara.
Bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik BMW baharu dapat menikmati faedah pembiayaan menarik dengan kadar faedah 1.38 peratus bagi model-model seperti BMW 330i M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 530i M Sport, BMW 520i Luxury, BMW 740Le xDrive LCI, BMW 630i GT, BMW X1 sDrive20i, BMW X3 xDrive30i Luxury dan BMW X3 xDrive30i M Sport.
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
Sepanjang tempoh ini, pemilik baharu BMW 330i M Sport juga akan diberikan liputan Program Perlindungan Terunggul BMW (BMW Ultimate Protection Programme) selama setahun secara percuma. Para pemilik model-model lain yang dinyatakan di atas juga dapat menikmati tawaran yang sama, dengan manfaat tambahan berupa liputan percuma Insurans Komprehensif BMW (BMW Comprehensive Insurance) selama setahun.
Di samping itu, mana-mana pembelian BMW 530e M Sport atau BMW 740Le xDrive LCI yang dibuat mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020 akan membolehkan para pemilik pulang dengan BMW i Wallbox berserta kad BMW ChargeNow secara percuma untuk menguasakan jentera elektrik baharu mereka.
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
MINI Malaysia turut tidak ketinggalan menerusi tawaran musim perayaan mereka sendiri sempena kedatangan Tahun Tikus. Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik MINI baharu dapat menikmati pembiayaan ansuran bulanan bermula daripada RM2,388 sebulan dan rebat tunai di antara RM8,000 hingga
RM22,000 bagi model-model MINI yang terpilih.
Tambahan lagi, jemputan eksklusif ke MINI Track Driving Experience yang dinanti-nantikan juga akan diberikan kepada 20 pemilik MINI 3 Door atau MINI 5 Door yang pertama sepanjang kempen tersebut berlangsung. Untuk maklumat lanjut layari www.bmw.com.my atau www.mini.my, atau kunjungi wakil pengedar BMW atau MINI yang berhampiran.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
KOMEN TERKINI