ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW dan MINI Malaysia tawar lanjutan 1 tahun Program Inklusif Servis + Pembaikan sempena musim perayaan

Berita Tempatan

Views

Untuk tempoh terhad, BMW Malaysia dan MINI Malaysia menawarkan lanjutan selama 1 tahun untuk Program Inklusif Servis + Pembaikan bagi kenderaan BMW dan MINI baharu yang dibeli mulai hari ini sehingga 30 Jun 2019.

Dengan pembelian kenderaan sempena musim perayaan ini, pemilik semua kenderaan BMW bakal mendapat 6 tahun waranti tanpa had perbatuan dengan Program Servis Berjadual Percuma, manakala untuk MINI mereka akan mendapat waranti selama 5 tahun Inklusif Servis dan Inklusif Pembaikan tanpa had perbatuan.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Harald Hoelzl berkata, dengan semangat musim perayaan yang bakal tiba, mereka berasa teruja untuk menyampaikan program-program eksklusif ini kepada pelanggan setia BMW dan MINI serta membawakan Pengalaman Pemilikan Premium yang menyeluruh.

Skop perkhidmatan yang ditawarkan bersama program waranti lanjutan ini sejajar dengan status Servis Berasaskan Kondisi BMW (BMW Condition Based Service) dan ia merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Tawaran eksklusif ini boleh didapati bagi semua pembelian kenderaan BMW dan MINI dengan pendaftaran JPJ yang bertarikh dalam tempoh program tersebut bermula hari ini sehingga 30 Jun 2019. Di samping itu, program Inklusif Servis MINI dan Inklusif Pembaikan MINI juga boleh didapatkan oleh pelanggan pakej flit, kenderaan dikecualikan duti, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) serta Program Kepulangan Pakar (REP).

Sepanjang tempoh promosi ‘BMW ChargeNow Promo’, pemilik baharu mana-mana kenderaan BMW iPerformance akan menerima kabel pengecasan pantas BMW dan kad BMW ChargeNow, yang memberikan akses langsung ke atas stesen pengecasan rakan kongsi BMW seperti ChargEV oleh Malaysian Green Technology Corporation.

Dengan servis ini, pengguna dapat menikmati bantuan 24/7 dan akses terhadap lokasi-lokasi pengecasan dalam rangkaian ChargEV yang mempunyai lebih daripada 270 fasiliti pengecasan di seluruh negara. Pemilik BMW 740Le dan BMW X5 xDrive40e juga akan menikmati BMW i Wallbox Plus dan BMW i AC Fast Charging Cable secara percuma dengan promosi, ‘BMW i Wallbox Promo’.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply