ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Financial Services lancar perkhidmatan digital i-Renewal

Berita Tempatan

Views

BMW Group Financial Services Malaysia telah memperkenalkan i-Renewal, iaitu perkhidmatan digital bagi Program Insurans Motor Komprehensif BMW dan MINI untuk memudahkan proses pembaharuan insurans yang diliputi oleh program berkenaan.

Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia Tobias Eismann berkata, dengan memperkenalkan perkhidmatan digital ini, pihaknya sedang memajukan sebahagian penting daripada pengalaman mobiliti bertaraf premium ini agar ia bersifat lebih mesra pengguna dan lancar..

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Program Insurans Motor Komprehensif BMW dan MINI dirumus untuk memberikan manfaat perlindungan kenderaan yang menyeluruh. Perkhidmatan digital ini yang ditawarkan melalui kolaborasi dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Para pelanggan boleh mendapatkan sebut harga dengan mudah dan dalam kadar segera hanya dengan menyediakan beberapa butiran asas, atau memperbaharui polisi insurans masing-masing menerusi langkah yang ringkas.

Setiap pemilik yang berjaya memperbaharui Program Insurans Motor Komprehensif BMW dan MINI mereka dalam talian sebelum 31 Disember 2020, akan memperoleh liputan ‘Enhanced Road Warrior’ secara percuma untuk tempoh setahun.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Selain membekalkan Liputan Kemalangan Diri dan manfaat insurans yang lain, perkhidmatan ini turut merangkumi Program Bantuan Kereta yang serba komprehensif berserta pelbagai servis 24 jam sehari seperti:

  • Khidmat Penundaan Kecemasan 24 Jam Sehari (Jarak Penundaan Tanpa Had)
  • Khidmat Pembaikan Kerosakan Kecil
  • Bantuan Teksi
  • Penyediaan Kereta Sewa dan Akomodasi Hotel
  • Bantuan Antarabangsa
  • Penyediaan Evakuasi Kecemasan
  • Khidmat Perujukan Pusat Servis
  • Penghantaran Mesej Kecemasan

Program ‘Enhanced Road Warrior’ ini ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari https://www.allianz.com.my/enhanced-road-warrior.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply