ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia dan Pentas Flora meterai MoU urus sisa automotif

Berita Tempatan

Views

BMW Group Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Pentas Flora bagi memajukan usaha sirkularitinya dalam menangani isu sisa automotif.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, dalam usaha ke arah sasaran neutraliti iklim menjelang tahun 2050, pihaknya akan memacu aspirasi global Kumpulan Syarikat ini di peringkat tempatan, sambil memberi inspirasi kepada lebih ramai peneraju industri di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia, Matthias Schlesiger berkata, sejak tahun 2021, pihaknya telah memulakan inisiatif secara dalaman bersama jaringan wakil pengedar tempatan kami untuk memberikan sisa minyak dan pelincir yang dikumpul dari pusat servis masing-masing.

Bagi Pengarah Eksekutif Kumpulan Pentas Flora, Oon Kin Seng, pihaknya amat berbesar hati kerana berpeluang untuk menggiatkan usaha dalam menjulang aspek kelestarian dan kebertanggungjawaban bersama BMW Group Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Lebih daripada 30,000 liter sisa minyak pelincir telah dikumpul dari empat buah pusat pengedaran BMW yang terlibat di kawasan Lembah Klang setakat ini, dan dihantar untuk pemprosesan di kilang penapisan Pentas Flora yang beralamat di Banting untuk ditukar menjadi minyak asas eko bertapis (EBO).

Kemudiannya ia akan diagihkan semula ke sektor automotif. Minyak tapis merupakan produk yang kompleks namun mempunyai ciri kebolehgunaan yang tinggi.

Ia akan melalui penyulingan vakum, termasuk proses prarawatan seperti penapisan, penyahairan, dehidrasi vakum, penyulingan berjarak pendek, dan pelbagai lagi proses rawatan untuk mendapatkan produk akhir berkualiti yang setanding dengan minyak asas yang dirawat tanpa kimia.

Atas sebahagian daripada program RE:GENERATE oleh BMW Group Malaysia, kolaborasi bersama Pentas Flora ini merupakan langkah pertama bagi memastikan bukan sahaja sisa automotifnya diuruskan dengan baik, malah dapat beralih daripada pendekatan linear yang konvensional.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Matlamatnya adalah untuk melibatkan seluruh pusat pengedaran BMW di Malaysia bagi usaha pengitaran semula minyak dan pelincir terpakai.

Pada masa yang sama ia menggalakkan lebih ramai penggiat industri untuk memberi tumpuan khas terhadap pengurusan sisa, memastikan sisa tidak lagi dibuang dengan sewenang-wenangnya di tapak pelupusan, dibakar, atau dilupuskan secara haram.

Sesi meja bulat bertemakan ESG oleh BMW Group Malaysia dan Pentas Flora membariskan nama-nama penting dari sektor awam, di samping para pakar dan penginovasi dalam bab kelestarian.

Mereka telah berkongsi ilmu mengenai amalan rendah karbon dan pasaran karbon sukarela, risiko ketidakpatuhan ESG, tatakelola untuk menjamin pertumbuhan yang lestari, serta anjakan sikap dalam kalangan entiti korporat di Malaysia untuk memikul amalan regulasi kendiri dalam usaha kelestarian masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply