ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia perkenalkan ‘BMW and MINI Service Online’

Views

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan perkhidmatan dalam talian BMW and MINI Service Online. Ia merupakan tawaran terkini dalam aspek selepas jualan daripada pengeluar kereta premium itu yang membolehkan pelanggan untuk menyusun jadual servis kenderaan mereka secara langsung di pengedar sah yang disukai menerusi laman web BMW Malaysia dan MINI Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Pendigitalan merupakan satu hala tuju strategik buat BMW Group di seluruh dunia. Produk dan perkhidmatan yang diperkenalkan ini dapat meningkatkan lagi aspek digital untuk memberi lebih kemudahan serta ketenangan minda dalam industri automotif premium.”

Menurut Han lagi, BMW Group Malaysia sudah membuktikan perkara ini melalui pengenalan ciri BMW Connected secara ekstensif di dalam semua kenderaannya sejak tahun 2015.

Pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia merangkumi:

  • Jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan dengan Program Servis Berjadual Percuma BMW.
  • Jaminan selama 4 tahun tanpa had perbatuan dengan Program Servis Berjadual Percuma MINI.
  • Program Jaminan Tayar selama 2 tahun/24 bulan BMW untuk Tayar Run Flat dan servisnya.
  • Program Perlindungan Terbaik+ (Ultimate Protection Program+, UPP+) ehsan daripada BMW Credit Malaysia dan disokong oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd.
  • Bantuan Tepi Jalan BMW dan Hotline Kemalangan.
  • Program keahlian BMW WhiteCard, MINI BlackCard dan BMW Excellence Club.
  • BMW and MINI Service Online.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat BMW and MINI Service Online, sila layari laman web: www.bmw.com.my dan www.mini.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply