BMW Group Malaysia merasmikan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau yang diperluaskan sempena sambutan ulang tahun ke-20nya. Fasiliti ini terletak di Zon Perindustrian Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.
Mula ditubuhkan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah pada 2004, pusat ini telah berpindah ke fasiliti canggihnya kini pada 2016.
Pada asalnya, fasiliti BMW terbesar di rantau Asia Pasifik ini merupakan gudang yang berkeluasan 45,000 meter persegi.
Fasiliti tersebut kini meliputi 65,000 meter persegi, seterusnya memperkukuhkan komitmen BMW Group terhadap kecemerlangan operasi di rantau dan pelaburan negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid merakamkan ucapan tahniah kepada BMW Group Malaysia sempena ulang tahun ke-20 dan pelancaran Fasa 2 fasiliti tersebut di Senai, Johor.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, fasiliti ini dan kemampuannya merupakan simbol kecemerlangan operasi dan telah berkembang menjadi fasiliti canggih yang diiktiraf di peringkat serantau serta global.
Sejak penubuhannya di Zon Perindustrian Bebas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group telah menyaksikan pertumbuhan yang berterusan dalam perolehan tahunannya.
Meningkatkan keupayaan perniagaan daripada EUR 141 juta pada 2017 kepada lebih EUR 277 juta pada 2023, peningkatan hampir 97 peratus dalam pertumbuhan dan hampir dua kali ganda daripada ketika fasiliti tersebut mula beroperasi.
Mengukuhkan lagi pencapaian kewangannya, fasiliti ini mengendalikan lebih 100,000 inventori masuk dan keluar setiap bulan, mengekalkan tahap perkhidmatan sekitar 90 peratus untuk lebih 20 pasaran yang berbeza di rantau ini.
Pencapaian ini menunjukkan kemampuannya yang kukuh dalam memenuhi keperluan pelbagai pasaran.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Fasiliti ini juga menguruskan stok dengan hampir 52,000 alat ganti, yang mana sekitar 30 daripadanya merupakan Bateri Voltan Tinggi, serta mengekalkan kadar pengambilan dan pembungkusan tepat waktu melebihi 99 peratus serta kadar 99.5 peratus bagi barangan yang dihantar dalam kondisi sempurna.
Setiap minggu, 15 unit kontena 40-kaki dihantar menerusi pengangkutan laut BMW Group dan 33,000 meter padu menerusi penghantaran udara.
Di peringkat domestik, fasiliti ini menguruskan 42 trak untuk penghantaran keluar ke Malaysia, Singapura, dan Thailand setiap minggu.
Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group yang diperluaskan ini bukan sahaja mengukuhkan keupayaan logistik BMW Group, malah turut meletakkan fasiliti ini sebagai penyokong utama landskap automotif yang semakin berkembang di rantau ini.
Pelaburan berterusan BMW Group di Malaysia memastikannya kekal di barisan hadapan dalam kecemerlangan operasi, sekaligus mengukuhkan peranan penting negara ini dalam kejayaan BMW Group untuk tahun-tahun akan datang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI