ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia jalin kerjasama dengan FLYPROJECT untuk tingkatkan kesedaran mengenai Mobiliti Bervisi

Views

BMW Malaysia dan kelab kecergasan, FLYPROJECT akan berada di The Square, Publika pada Jumaat petang ini untuk meningkatkan kesedaran atas Mobiliti Bervisi yang mampan di kelas FlyCycle Outdoor terbesar di Malaysia. Acara ini juga bakal menyaksikan pelancaran rasmi BMW i8 Coupé baharu kepada orang ramai.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Group Malaysia berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan FLYPROJECT untuk mempamerkan BMW i8 Coupé baharu berpandukan prinsip BMW Malaysia terhadap kelestarian dan elektro mobiliti. Sebagai perintis Mobiliti Elektro di Malaysia dan mempunyai kenderaan premium terbesar yang mampu berkendara elektrik, ia adalah tanggungjawab syarikat untuk memacu kesedaran mengenai kemungkinan teknologi dan mobiliti masa depan.

JOM BACA >> Gambaran Digital SUV Perodua Rekaan Gunma Akagi

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada kempen Born Electric yang sedang dijalankan oleh BMW Malaysia. Hoelzl menambah, pembuat premium itu menjemput orang ramai untuk mengalami impak deria sepenuhnya daripada satu jenis pembukaan BMW i8 Coupé baharu.

Alami mobiliti alaf baharu yang berkuasakan elektrik pada tarikh dan lokasi berikut:

Kelas: FlyCycle.   
Tarikh: 24 Ogos 2018, Jumaat.
Masa: 8:00pm.
Lokasi: The Square, Publika. 

Untuk maklumat lanjut mengenai acara bersama #BMWiXFlyProject ini , sila layari http://www.bmw-electricdrivingpleasure.com/takecharge.html

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply