ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia, Safe ‘n Sound dan Childline Foundation perkenal program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak

Berita Tempatan

Views

Untuk edisi kelima ‘BMW Safety 360° Programme’, BMW Malaysia telah menjalin kerjasama dengan Childline Foundation untuk melancarkan ‘Dari Hari Pertama’ (‘From Day One’), sebuah kempen kesedaran mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, terutamanya bagi bayi yang baharu lahir.

Kempen ini turut disokong oleh Chicco Malaysia dan pihak mereka telah memberikan kerusi keselamatan kanak-kanak Chicco KeyFit 30 kepada enam bayi pertama yang dilahirkan pada Hari Bapa di Hospital Putrajaya.

Ibu bapa bayi-bayi ini juga telah diberi penerangan oleh konsultan keselamatan penumpang yang mewakili Childline Foundation. Sesi perkongsian tersebut meliputi kriteria pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai, kaedah pemasangan yang betul, serta jangka hayat kerusi berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, peraturan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak bakal berkuat kuasa pada tahun 2020. Oleh itu, fokus yang diberikan ‘Dari Hari Pertama’ adalah untuk memastikan para ibu bapa tahu bagaimana untuk menjaga keselamatan anak-anak sejurus mereka keluar dari hospital bersalin.

Selain itu, BMW Malaysia bersama-sama Childline Foundation akan memperkenalkan program subsidi kerusi kereta kanak-kanak bersama pengedar produk kerusi dan peralatan kereta kanak-kanak, Safe ‘n Sound. Program ini akan diperkenalkan terlebih dahulu di lima buah hospital kerajaan yang terletak di Lembah Klang.

BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound akan mensubsidikan 150 kerusi kereta mudah bawa (carrier) ‘snskidz Ace’ yang setiap satunya bernilai RM100. Kerusi khas yang bernilai RM199 ini boleh digunakan dari usia awal kelahiran sehingga berat bayi mencecah 13kg. Produk ini turut mempunyai persijilan ECE R44-04.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Program latihan keselamatan penumpang kanak-kanak akan diperkenalkan kepada lima hospital kerajaan yang terpilih, di mana kakitangan hospital-hospital berkenaan akan belajar tentang amalan keselamatan kanak-kanak yang betul daripada konsultan keselamatan penumpang yang mewakili Childline Foundation. Ceramah dan konsultasi berkenaan dengan keselamatan penumpang kanak-kanak juga akan diberikan kepada ibu bapa yang menghadiri kelas antenatal di hospital berkenaan.

Datin Wong Poai Hong dari Childline Foundation berkata, waktu sebelum kelahiran anak dan di hospital merupakan tempat yang terbaik untuk para ibu bapa mula mempelajari amalan keselamatan kanak-kanak yang betul. Ia bagi memastikan ibu bapa yang mempunyai kenderaan untuk mendapatkan kerusi khas yang sesuai sejurus mereka meninggalkan hospital.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat untuk BMW Group Malaysia pula berkata, mereka ingin menggesa rakan-rakan kongsi yang lain untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini. Mereka berharap untuk melihat peningkatan dalam penggunaan kerusi khas ini sebaik sahaja peraturan ini mula berkuatkuasa nanti.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply