ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia serah BMW 530e Sport untuk kegunaan CIMB Classic 2018

Views

Sebagai rakan kongsi premium untuk tahun yang kesembilan bagi acara CIMB Classic, BMW Malaysia secara rasminya telah menyerahkan semua kunci kenderaan BMW 530e Sport untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi acara CIMB Classic 2018 yang akan berlangsung dari 11 sehingga 14 Oktober di TPC Kuala Lumpur.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata BMW Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi untuk mendukung sukan Golf di rantau ini, bermula dari program ‘BMW Golf Cup International’, iaitu pertandingan golf amatur yang terbesar dan yang paling berjaya di dalam dunia, sehingga ke CIMB Classic, yang menyaksikan mereka sebagai Rakan Kongsi Automotif Rasmi sejak lapan tahun yang lalu.

Tambah beliau lagi, melalui kerjasama yang dijalin sekali lagi pada tahun ini, mereka amat berbesar hati untuk mendemonstrasikan visi  Mobiliti Masa Hadapan melalui kenderaan-kenderaan premium serta kenderaan lestari yang progresif, di pertandingan berprestij seperti ini –satu-satunya acara yang dinaungi oleh Jelajah PGA di Rantau Asia Tenggara.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Kenderaan BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive akan digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi semua pemain, pegawai, serta VIP yang akan berada di Malaysia sepanjang pertandingan tersebut. CIMB Classic 2018 akan menampilkan 78 pemain, termasuk juara bertahan, Pat Perez; serta pemain di tangga keempat dunia, iaitu Justin Thomas yang berhasrat menggarap kemenangan CIMB Classic yang ketiga.

Turut bersama untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah 7 juta Dolar Amerika ini ialah pemenang BMW Championship, Keegan Bradley; ahli-ahli ‘World Golf Hall of Fame’, Ernie Els dan Davis Love III; pemain England yang berada di tangga ke-19 dunia, Paul Casey; dan Hideki Matsuyama dari Jepun yang merupakan pemenang Jelajah PGA sebanyak lima kali.

BMW Malaysia juga akan mempamerkan rangkaian kenderaan-kenderaan BMW sewaktu acara tersebut. Antara kenderaan yang akan dipamerkan termasuk BMW i8, BMW X3 xDrive30i, BMW 530i M Sport, BMW X2 xDrive20i, dan BMW 740Le xDrive. BMW 740Le xDrive juga merupakan hadiah ‘Hole-in-One’ bagi acara ini.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply