ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Motorrad yang pertama di Negeri Sembilan kini dibuka

Views

Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia telah membuka bilik pameran yang pertama di Seremban dan juga Negeri Sembilan, baru-baru ini. Dalam ucapan perasmian, En. Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt berkata, Millennium Welt telah lama menjalin kerjasama yang baik dengan BMW dan MINI. Syarikat tersebut juga merupakan wakil pengedar jenama tersebut di Batu Pahat dan Kuantan.

Usahasama terbaharu BMW melalui pembukaan divisyen dua roda di sini bakal menempatkan jenama BMW Motorrad bagi penggemar motosikal premium. En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia pula berkata, 2017 ialah tahun pemecahan rekod bagi BMW Motorrad di Malaysia. Selain rekod jualan yang memberangsangkan, syarikat juga menambah lima model motosikal premium terbaharu ke dalam portfolionya.

Syarikat berharap untuk meneruskan perkembangan positif ini pada tahun 2018 bermula dengan pembukaan pengedar terbaharu, Millennium BMW Motorrad di Negeri Sembilan. Pada 2017, jualan kesemua model BMW Motorrad meningkat sebanyak 13.2 peratus di seluruh dunia, dengan jumlah jualah sebanyak 164,153 unit.

Di Malaysia sahaja, 1,052 unit motosikal telah berjaya dijual, sekaligus mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bilik pameran terbaharu ini terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban dan boleh mempamerkan sehingga 10 motosikal BMW Motorrad. Fasiliti tersebut akan berfungsi sebagai pengedar BMW Motorrad yang ke-11 di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply