ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW perkenal logo baharu sempena pelancaran model konsep i4

Berita Tempatan

Views

Sempena pelancaran model konsep i4, BMW turut memperkenalkan identiti korporat baharu mereka dan logo baharu ini juga turut mengikut gaya rekaan ringkas seperti mana logo baharu Volkswagen dan KIA. Paling ketara, lingkaran hitam di bahagian luar logo terdahulu kini tiada lagi (lutsinar sepenuhnya), manakala kesan 3D dan cahaya telah dibuang terus bagi menghasilkan gaya baharu yang lebih minimal.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Rekaan keseluruhan seperti logo sebelumnya masih lagi kekal, namun kini warna biru dan putih menjadi warna utama syarikat tersebut. Seperti logo baharu Volkswagen, logo baharu BMW direka sedimikian rupa supaya lebih mudah diadaptasi pada media digital, namun ia turut mengiktiraf warisan 103-tahun logo jenama tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Menurut naib presiden kanan pelanggan dan jenama BMW, Jens Thiemer, syarikat itu bakal menjadi jenama hubungan dan logo lutsinar itu direka untuk “memancarkan lebih keterbukaan dan kejelasan”. BMW juga telah menambah rekaan logo 2020 dalam artikel sejarah logo syarikat tersebut.

Logo BMW mula diperkenalkan pada tahu 1917 dan ia diinspirasikan dari putaran kipas pesawat. Sejak sekian lama, BMW hanya mengubah sedikit sahaja logo syarikatnya dan menurut artikel tersebut, kaitan logo BMW dengan kipas pesawat sememangnya tidak salah sama sekali.

Apa pendapat anda tentang logo baharu BMW ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

Model konsep BMW i4

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Perse

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply