ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW X2 akan diperkenalkan 21 Mac ini, kini boleh ditempah secara dalam talian!

BMW_X2
Views

Tinggal seminggu sahaja lagi, BMW Malaysia akan memperkenalkan kenderaan Premium Compact Sports Activity Coupe yang pertama, BMW X2 di Malaysia. En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, BMW X2 adalah untuk golongan yang berani dan berbeza, iaitu individu-individu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran.

Kenderaaan BMW X2 yang pertama kini boleh ditempah menerusi app.bmw.com.my/x2 bermula hari ini, 16 Mac hingga 20 Mac 2018 dengan yuran tempahan sebanyak RM 3,000.00. Pemohon yang berjaya menempah kenderaan tersebut juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah ekslusif daripada BMW Malaysia seperti kunjungan ke BMW Alpine xDrive Driving Experience di New Zealand, slot di BMW M Track Day dan slot di Advanced Module Course oleh BMW Driving Experience di Litar Antarabangsa Sepang.

Pemenang Hadiah Utama akan dibawa ke Southern Hemisphere Proving Grounds (SHPG) yang merupakan sebuah pusat latihan yang telah merangkul beberapa anugerah dan terletak di South Island, New Zealand. Fasiliti ini juga merupakan lokasi dunia yang utama bagi ujian kenderaan ketika musim sejuk. Pelanggan yang menempah BMW X2 menerusi pakej pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia berpeluang untuk memenangi kunjungan ke Southern Hemisphere Proving Grounds di New Zealand, dari 26 Jun hingga 28 Jun 2018 untuk BMW Alpine xDrive Experience.

Mereka berpeluang untuk menaiki helikopter ke Millbrook Resort di Arrowtown, pemanduan BMW dalam salji yang merangkumi drifting, slalom, penurunan cerun, pemanduan atas ais, perlumbaan drag, dan pusingan kompetitif atas litar bersama jurulatih BMW yang berkelayakan. Selain itu, syarikat pembiayaan tersebut juga akan menawarkan Assurance Shield Programme (ASP) kepada pemenang, iaitu insurans hayat yang menyeluruh bagi pemilik kenderaan berserta perlindungan pembiayaan untuk kenderaan tersebut.

Pemenang tempat kedua berpeluang untuk memandu seleksi kenderaan BMW M di Litar Antarabangsa Sepang sempena program BMW M Track Day yang akan menjelang pada tahun ini. Pemenang Tempat Ketiga pula bakal merasai pengalaman pemanduan berkemahiran tinggi di Litar Antarabangsa Sepang menerusi Advanced Module yang diwujudkan oleh BMW Driving Experience. Program ini diperkenalkan untuk berkongsi teknik pemanduan selamat dan bertanggungjawab yang merupakan sebahagian daripada inisiatif BMW Malaysia iaitu Safety 3600 Program.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply