ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW X2 tiba di Malaysia – Apa yang menarik mengenainya?

Views

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan kenderaan BMW X2 yang pertama dan ia diklasifikasikan dalam segmen Sports Activity Coupe. BMW X2 dicipta khas untuk mentransformasikan segmen kenderaan Kompak Premium dengan kesemua model terbaharu BMW yang sporty, dinamik dan mempunyai reka bentuk urban.

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, pada tahun lalu syarikat telah menjual lebih 4,200 unit siri kenderaan BMW X yang bersamaan dengan 39.6 peratus jualan BMW daripada jumlah keseluruhan iaitu 10,618 unit kenderaan. Jentera premium kompak sports activity coupe menjanjikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan melalui keseimbangan pemanduan dinamik yang berciri sport.

Apa yang menarik mengenai BMW X2?

  • BMW X2 ditawarkan hanya dalam varian BMW X2 sDrive20i M Sport.
  • Reka bentuknya lebih garang dan memberikannya ekspresi yang dinamik secara keseluruhan dengan menampilkan jeriji kidney BMW yang lebih lebar. Selain itu, reka bentuk trapezoid pada bahagian kepala jentera tersebut telah diubah bagi menonjolkan aspek kemodenan BMW.
  • Dilengkapi dengan lampu hadapan dan kabus LED yang menawarkan fungsi pencahayaan untuk pemanduan pada waktu siang.
  • Lencana BMW yang terletak pada tiang-C memberi penghormatan kepada tradisi penciptaan premium sports coupe oleh BMW.
  • Pakej BMW M Aerodynamics yang merangkumi trim tayar, salutan pewarna pelindung pada permukaan kesemua pintu kereta, spoiler belakang dan BMW M Sport Suspension yang direndahkan sebanyak -10mm bagi memastikan pemanduan yang lebih selesa.
  • Penggunaan tayar dan rim aloi ringan bersaiz 19 inci M dengan rekaan dwi-cabang 715M dengan ciri run-flat.
  • Ruang dalaman kenderaan BMW X2 dilengkapi dengan pencahayaan LED ambien dalam variasi pilihan warna seperti Orange, Lilac, Mint, Bronze, Blue dan White untuk dipadankan dengan ekspresi luaran kenderaan tersebut.
  • Dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo empat-silinder yang menggabungkan twin-scroll turbocas dengan Valvetronic, dua VANOS dan High Precision Injection yang mampu mencapai kelajuan maksima 227km/j. Sistem ini menjana 192hp dan tork sebanyak 280Nm serta membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.7 saat. Penjana kuasa ini digandingkan bersama tujuh-kelajuan dwi-klac Steptronic Sport.
  • Driving Experience Control yang akan membolehkan pemandu memilih mod seperti COMFORT, peningkatan-kecekapan ECO PRO, dan SPORT. Ia juga dilengkapi dengan Performance Control yang membolehkan pengawalan enjin dan intervensi brek ketika membelok.
  • Comfort Access System (Sistem Akses Keselesaan) yang membolehkan pintu but dibuka secara automatik.
  • Ruang but berkapasiti 470 liter dan boleh bertambah sehingga 1,355 liter dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 40/20/40.
  • Pendingin hawa automatik dua zon dan tempat duduk hadapan boleh laras yang dikuasakan elektrik, dengan “fungsi ingatan” di tempat duduk pemandu.
  • BMW Connected pada BMW X2 dilengkapi ciri Intelligent Emergency Call (Panggilan Kecemasan Pintar), Teleservices (Tele-Khidmat), Concierge Services (Khidmat Pembantu), BMW Online dan BMW Remote Services (Khidmat Kawalan Jauh BMW).
  • BMW X2 turut dilengkapi dengan BMW Head-Up Display (berwarna), sambungan peranti USB, kit bebas-tangan dan Extended Smartphone Connectivity (Sambungan Telefon Pintar Lanjutan) yang membolehkan sambungan Bluetooth.
  • Sistem Navigation Plus dengan paparan sentuh 8.8 inci dengan fungsi split-view serta Radio Media dengan empat pembesar suara dan wufer asas.
  • Pelbagai seleksi sistem Driver Assistance termasuklah ciri kawalan jelajah dengan fungsi brek, Park Assistant, Park Distance Control dan kamera pandang belakang.

BMW X2 didatangkan dengan pilihan warna menarik seperti Galvanic Gold Metallic, Misano Blue Metallic dan Sunset Orange Metallic, manakala ruangan dalaman jentera ini yang serba hitam dipadankan dengan sulaman kelabu. Sports Activity Coupe ini juga boleh didapati dalam warna Black Sapphire Metallic dengan ruangan dalaman berwarna Magma Red yang dikontraskan dengan sulaman berwarna kelabu.

BMW X2 ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh negara mulai hari Rabu, 21 Mac 2018. Harga jualan (atas jalan, tidak termasuk insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW X2 ialah:

BMW X2 sDrive 20i M Sport yang Pertama – RM 320, 800.00

BMW X2 boleh dimiliki melalui program pembiayaan dinamik yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia. Antara tawaran yang dimaksudkan ialah BMW Full Circle Programme dengan ansuran bulanan yang bermula dari RM4,498 serta bayaran muka sebanyak 20 peratus untuk tempoh pembiayaan selama empat tahun dengan had perbatuan sebanyak 20,000 KM setiap tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply