ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boleh juga bayar saman trafik di mesin ATM Maybank dan Pejabat Pos

Berita Tempatan

Views

Orang ramai boleh membayar kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun hingga 80 peratus menggunakan mesin ATM Maybank.

Menurut Berita Harian, mereka juga boleh membayar saman itu di Pejabat Pos, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara, selain melalui portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pembayaran saman bagaimanapun tidak boleh dilakukan menerusi sistem dalam talian Maybank.

Sementara itu, katanya, hasil pemantauan di kaunter bayaran saman trafik di ibu negara hari ini mendapati tiada kesesakan luar biasa dilaporkan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Kata beliau, pihaknya melihat tiada kesesakan hari ini dan kurang orang beratur untuk membayar saman di kaunter trafik sekitar Kuala Lumpur.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir tengah malam tadi dilanjutkan hingga 31 Disember ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sabah Post

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply