Ini berita baik buat semua! PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan media hari ini mengumumkan bahawa lebih daripada 80 peratus rakan niaga di kawasan rehat dan rawat (R&R) kendaliannya telah lengkap divaksinasi dan kini bersedia menerima kunjungan pelanggan lebuh raya untuk ‘menjamu selera’ di medan selera R&R berikut bermula dari tarikh berikut secara berperingkat:
16 September 2021
- Restoran Jejantas Sungai Buloh
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan)
- Mambau (Arah Timur)
- Mambau (Arah Barat)
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
17 September 2021
- Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan)
18 September 2021
- Dengkil (Arah Utara)
- Dengkil (Arah Selatan)
Semua pelanggan lebuh raya yang telah menerima vaksin lengkap kini boleh menikmati makanan di lokasi yang dinyatakan berikutan beberapa negeri yang telah memasuki Fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Para pelanggan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan menunjukkan status vaksinasi Covid-19 di aplikasi MySejahtera ketika memesan makanan di gerai.
Pelanggan yang mempunyai status vaksinasi lengkap akan menerima label pelekat hijau bagi membolehkan mereka menjamu selera di medan selera R&R. Bagi yang belum menerima vaksin lengkap, mereka masih boleh membuat pembelian secara ‘bawa pulang/bungkus’.
PLUS juga menyarankan mereka untuk menggunakan fungsi Pra-Pesanan menerusi aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma atau melalui https://orderdisini.plus.com.my/. Pelanggan boleh memuat turun aplikasi PLUS menerusi Play Store dan Apple App Store.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI