ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boleh terus hubungi menteri atau timbalan menteri kalau jumpa jalan rosak di KL – Shahidan Kassim

Berita Tempatan

Views

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini meminta rakyat khususnya warga Kuala Lumpur supaya menghubunginya dan beberapa individu lain untuk membuat aduan berkaitan isu kerosakan jalan di ibu negara.

Katannya, menteri boleh dihubungi di 019-454 5111, timbalan menteri 019-652 4444 atau Datuk Bandar (DBKL) di talian 016-206 8883. Tambahnya, mereka akan bersiap siaga 24 jam.

Rakyat Malaysia yang baharu datang ke Kuala Lumpur dan terjumpa jalan berlopak juga boleh menghubungi mereka dan tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam. Ujar beliau, pihaknya mahu menjadi yang terbaik di Malaysia dan dunia.

JOM BACA >> INTIP: Perodua uji Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid di Malaysia, adakah Ativa hibrid sedang dibangunkan?

Saranan itu dibuat ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini, bagi membolehkan tindakan segera diambil pihak berwajib termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau sudah berbincang dengan DBKL dan mengarahkan supaya mana-mana aduan, rungutan dan makluman mengenai kerosakan jalan hendaklah diambil tindakan segera dalam masa 24 jam.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga 14 September lalu, statistik kemiskinan bagi Wilayah Persekutuan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan sebanyak 4,815 isi rumah berstatus miskin tegar, 5,617 isi rumah pula berstatus miskin berbanding statistik Oktober 2020 iaitu 1,190 berstatus miskin tegar dan 2,200 isi rumah berstatus miskin.

Katanya, kementeriannya sudah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan sosioekonomi golongan miskin bandar termasuk yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA).

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Contoh inisiatif yang sudah dilaksanakan sehingga 30 September lalu adalah inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang sudah memanfaatkan seramai 4,305 peniaga berlesen di Kuala Lumpur, 110 di Putrajaya dan 162 di Labuan.

Program ini dilaksana sejak November 2020 dan dilanjutkan sehingga Disember 2021 dan kemungkinan besar akan dilanjutkan lagi jika keadaan memerlukan. Program Usahawan Anak Muda Kota juga akan berusaha ditingkatkan lagi jumlah kiosk sehingga mencecah 1,000 unit tahun depan.

Program keusahawan khusus di PPR dan PPA seperti program Mygrocer, Myjob dan Myfuture Job dibawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan PERKESO yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih 100,000 warga Wilayah Persekutuan.

Tambah beliau lagi, Program Myschool Bas pula akan memanfaatkan kepada lebih 11,000 pelajar apabila sesi persekolahan dibuka nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply