ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bomba beri penghargaan pada ‘Abang Viva’

Berita Tempatan

Views

Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar hari ini diberi sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2022 di Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya.

K! ONLINE melaporkan, Azwan merupakan salah seorang daripada 36 individu yang diberi penghargaan pada majlis berkenaan susulan pengorbanan dan sumbangan yang disalurkan ketika beberapa negeri dilanda bencana banjir penghujung tahun lalu.

Sebelum ini, gelaran Abang Viva menjadi tular di platform-platform media sosial dan dada-dada akhbar apabila beliau sanggup turun sendiri meredah banjir bagi membantu menyelamatkan mangsa yang terkandas di Shah Alam, Selangor dengan berbekalkan wang RM50 dan sebuah bot yang diikat di atas kereta Perodua Viva dipandunya dari Melaka.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

JBPM dalam satu kenyataan berkata, pada majlis berkenaan, seramai 15 petugas media, 10 orang awam, lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan enam wakil agensi swasta menerima sijil yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Turut menerima sijil penghargaan dan saguhati adalah Datuk Mohamad Dean Law Abdullah yang turut sama memberi sumbangan dan khidmat kemanusiaan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas di sekitar Selangor, Pahang serta Johor.

Penyampaian sijil ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada individu-individu terbabit yang banyak membantu serta menyokong kelangsungan JBPM.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Ada antara penerima sijil ini merupakan kategori orang awam yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan orang lain.

Jelas kenyataan itu, sebanyak lima PBS turut diberi sijil penghargaan atas sumbangan mereka dalam operasi menyelamat mangsa banjir di lokaliti masing-masing pada Disember tahun lalu.

Selain itu, turut dilancarkan dalam majlis tersebut adalah Skuad Kebajikan JBPM yang bertujuan untuk membantu pegawai dan anggota bomba yang ditimpa musibah dan Dasar Latihan Kebombaan dan Penyelamatan (DLKP) yang berkuatkuasa pada tahun ini bagi menggantikan Dasar Latihan Sumber Manusia 2007 sebagai penambahbaikan dan pindaan kepada sembilan teras Dasar Latihan Sumber Manusia sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply