ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Bonggol maut’ Seksyen 7 sedang diperbaiki, pembinaan jejantas tak sesuai kerana kos pengalihan kabel yang tinggi – MBSA

Berita Tempatan

Views

Susulan dari video tular ‘bonggol maut‘ di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7 di Shah Alam yang mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan.

Menurut MBSA di Facebook, pihaknya telah memasang lampu amaran berkelip (blinker), mengecat garisan pemutus kelajuan dan melandaikan kadar kecerunan jalan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Kata MBSA, pada peringkat awal pihaknya bercadang membina jejantas rentetan dari kemalangan maut pelajar Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2019.

Walaubagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan dengan segera berikutan wabak Covid-19 dari tahun 2020 hingga ke pertengahan 2022.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pada masa yang sama, pihak MBSA telah membuat kajian semula dan mendapati pembinan jejantas tidak sesuai memadangkan terdapat kabel utiliti yang melibatkan banyak syarikat serta memerlukan kos pengalihan yang besar.

Jadi, alternatif yang terbaik dan praktikal adalah dengan membina lintas pejalan kaki. Serahan tapak kepada MBSA oleh pihak kontraktor akan dilakukan sepenuhnya dengan anggaran tempoh selama 14 hari waktu bekerja.

Pengguna jalan raya dari arah Bulatan Bestari, Seksyen 2 yang menuju ke arah Persiaran Tun Arshad Ayub dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan ketika melalui jalan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majlis Bandaraya Shah Alam

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply