ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boon Siew Honda acah foto kedua model baharu, nampak macam Vario 160 je kan?

Berita Tempatan

Views

Malam tadi, laman Facebook rasmi Honda Motorcycle Malaysia sekali lagi mengacah satu foto yang memaparkan kelibat sebuah model motosikal baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Nampaknya tekaan kami dalam artikel sebelum ini, ternyata meleset sama sekali. Mujurlah bukan model lapuk, iaitu skuter Honda Vario 150 eSP yang akan tiba ke sini, rupa-rupanya ia adalah, Honda Vario 160.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Model tersebut telah melakukan debut global sulungnya di Indonesia, pada Februari lalu. Kelibatnya boleh dilihat di reruai Honda di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bersempena dengan perlumbaan MotoGP hujung minggu ini.

Vario 160 menampilkan reka bentuk panel badan serba baharu dan dikuasakan oleh enjin 156.9 cc yang menjana 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm daya kilas pada 7,000 rpm yang disambungkan kepada transmisi automatik V-Matic.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Antara ciri-ciri menarik Vario 160 adalah sistem brek anti-kunci (ABS) yang dipadankan bersama brek cakera di belakang, sistem kunci pintar, panel meter digital dan slot pengecasan USB dalam kotak konsol.

Boon Siew Honda (BSH) dijangka bakal melancarkan Vario 160 ke pasaran Malaysia pada bulan November ini. Apa pun, sama-sama kita nanti kemunculannya tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply