ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boon Siew Honda umum kehadiran Honda BigWing di Malaysia

Views

Sempena Malaysia Autoshow 2017 baru-baru ini, Boon Siew Honda (BSH) secara rasmi mengumumkan kehadiran Honda BigWing di Malaysia. Honda BigWing merupakan pusat sehenti jualan dan servis untuk motosikal berkuasa tinggi Honda daripada 250cc. Bersama-sama dengan rangkaian Honda yang memberi fokus kepada model 250cc ke bawah, BSH bersedia untuk memenuhi kehendak pasaran yang pelbagai di Malaysia.

Tahun ini juga merupakan tahun pertama BSH menyertai cara tahunan Malaysia Autoshow 2017 dengan kerjasama Honda Malaysia. Diperkenalkan sebagai “Destinasi untuk Penunggang”, Honda BigWing terdiri daripada pusat pameran terkini, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta bilik istirehat pelanggan. Konsep menyeluruh yang tersendiri ini telah direka untuk memberi persekitaran yang bergaya, sofistikated dan premium.

Untuk memastikan pengalaman yang menyeluruh, kesemua pusat Honda BigWing dilengkapi dengan peralatan khas dan kemudahan yang diluluskan BSH serta pegawai jualan dan mekanik yang telah dilatih secara profesional. Pada separuh pertama 2017, BSH mencecah rekod jualan 400 unit dan menjana kenaikan 12 peratus jualan motosikal berkuasa tinggi berbanding tahun 2016. Selepas pengenalan Honda BigWing, BSH menyasarkan pertumbuhan sebanyak 30 peratus (1600 unit) dalam pasaran motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan.

Honda BigWing akan dibuka di empat bandar utama – Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor, yang menyumbang kira-kira 75 peratus daripada jualan motosikal berkuasa tinggi Honda di Malaysia. Pusat Honda BigWing pertama akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada Januari 2018 oleh Ee Tiong Motorsports Sdn. Bhd, diikuti Taycon Motor Sdn. Bhd. di Pulau Pinang, Welly Team Cycle Sdn. Bhd. di Selangor dan Additional Growth Sdn. Bhd. di Johor.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply